اکاونت تيدق دتموي :
Sendiri juga seru.
Tidak perlu terlalu berharap, tidak perlu menunggu seseorang untuk melengkapkan hari, dan tidak perlu kecewa apabila seseorang berubah atau memilih untuk pergi.
Mungkin dahulu kita menganggap kesendirian itu sesuatu yang menyedihkan. Kita takut pulang ke rumah tanpa sesiapa untuk bercerita, takut melalui hari tanpa ada yang bertanya khabar, takut malam terasa terlalu panjang kerana tiada seseorang untuk menemani.
Tetapi semakin kita belajar mengenal diri, semakin kita faham bahawa sendiri tidak semestinya bererti kesunyian.
Ada ketenangan yang hanya kita temukan ketika tidak lagi bergantung kepada sesiapa.
Kita mula belajar menikmati perkara-perkara kecil. Minum kopi seorang diri. Pergi bekerja dan pulang dengan tenang. Makan tanpa perlu menunggu sesiapa. Berjalan sambil menikmati suasana. Menonton sesuatu yang kita suka. Tidur tanpa memikirkan siapa yang sedang berubah hati.
Dan perlahan-lahan, kita sedar bahawa hidup tetap boleh terasa indah walaupun tidak ada sesiapa di sisi.
Kita tidak lagi menunggu mesej untuk tersenyum.
Tidak lagi menunggu perhatian untuk merasa dihargai.
Tidak lagi mempersoalkan mengapa seseorang berubah.
Tidak lagi memaksa orang untuk tinggal.
Kalau ada yang datang, kita hargai.
Kalau ada yang pergi, kita lepaskan.
Bukan kerana hati sudah tidak punya rasa, tetapi kerana kita sudah belajar bahawa ketenangan diri juga perlu dijaga.
Aku tidak mahu lagi mengejar seseorang yang tidak pasti tentang aku. Tidak mahu meminta seseorang untuk mencintai aku. Tidak mahu memegang tangan yang sebenarnya mahu melepaskan.
Biarlah sendiri untuk sementara waktu.
Aku mahu menikmati hidup tanpa terlalu banyak berharap kepada manusia. Mahu membina diri, mencari rezeki, menjaga hati, memperbaiki hubungan dengan Allah dan belajar bahagia dengan apa yang sudah ada.
Kalau suatu hari nanti ada seseorang yang hadir dan benar-benar ikhlas, aku akan menerimanya dengan hati yang tenang.
Tetapi kalau tiada, aku juga tidak akan menganggap hidup ini tidak lengkap.
Kerana aku sudah belajar satu perkara:
Kita tidak perlu memiliki seseorang untuk menikmati hidup. Kadang-kadang, kita hanya perlu berdamai dengan diri sendiri,
2026-09-26 03:12:44