@itshaikalqal: Minggu Orientasi mungkin sudah berakhir, tapi kenangan kita akan kekal. ❤️ Terima kasih kepada semua felo, fasilitator, urus setia, sukarelawan, pegawai dan semua yang bekerja di belakang tabir. Kita mungkin penat. Kita mungkin kurang tidur. Kita mungkin ada banyak cabaran. Tapi kita tetap buat yang terbaik untuk menyambut keluarga baharu UPSI. Terima kasih kerana berjuang bersama. Terima kasih kerana bertahan bersama. Kepada mahasiswa baharu, selamat datang ke keluarga UPSI. Hari ini kami sambut korang. Suatu hari nanti, giliran korang pula menyambut generasi seterusnya. ❤️ Selesai satu minggu. Bermula seribu cerita. #UPSI #OrientasiUPSI #KeluargaUPSI #demiupsi