@berita.ks: SHAH ALAM, 19 Sep - Keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak bukan keputusan Perdana Menteri atau Pakatan Harapan (PH). Ketua Wanita Keadilan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, kuasa pengampunan merupakan wewenang Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. "Wanita Keadilan menghormati keputusan tersebut dan menjunjung institusi Raja Berperlembagaan. "Keputusan berkaitan pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib sudah tentu mengundang pelbagai reaksi," katanya. Najib menerima pengampunan bersyarat dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta. Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 pada Jumaat. Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta. Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, rakyat perlu berpegang kepada fakta dan tidak mengaburkan kedudukan Perlembagaan hanya kerana perbezaan politik. #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Sunday 20 September 2026 01:38:33 GMT
Music
Download
Comments
Razali Mat Sirat :
😳😳😳
2026-09-20 02:45:26
0
meg :
Alhamdulillah saya bukan pentaksub & penyokong tegar kpd penyakau negara.. 😜😜😜
2026-09-20 03:18:02
1
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.