@berita.ks: KUALA LUMPUR, 19 Sep - Kerajaan wajar menjelaskan kerangka undang-undang, tatacara dan kriteria pelaksanaan tahanan di rumah susulan pengampunan bersyarat Dato’ Seri Najib Razak. Setiausaha Agung BERSATU, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penjelasan itu penting bagi mengelakkan persepsi wujud layanan berbeza terhadap golongan berpengaruh berbanding rakyat biasa. "Rakyat berhak mendapat keyakinan bahawa kedudukan, pengaruh atau latar belakang seseorang tidak mewujudkan piawaian pelaksanaan hukuman yang berbeza daripada yang terpakai kepada rakyat biasa. "Bagi menjamin ketelusan dalam pelaksanaan keputusan Lembaga Pengampunan, BERSATU mendesak supaya semua syarat yang dikenakan ke atas Najib termasuk kebenaran menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah dinyatakan secara terperinci serta diumumkan kepada awam. "Perincian ini penting untuk mengelak keresahan dan kemarahan rakyat yang boleh menggugat integriti badan kehakiman dan keyakinan rakyat kepada sistem perundangan negara," katanya dalam kenyataan hari ini. Azmin berkata, BERSATU kekal menentang kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa, selain menegaskan hukuman perlu dilaksanakan secara saksama tanpa membezakan darjat dan pangkat. Beliau berkata, BERSATU tetap menghormati Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi ampun, menunda atau melegakan hukuman. "Kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 terpakai kepada semua banduan yang berhak memohon pengampunan melalui proses undang-undang," katanya. Kredit Foto: FMT #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Sunday 20 September 2026 01:43:06 GMT
Music
Download
Comments
Mohd Tanzizi Mohd Yusof :
ts my..LP's..he he
2026-09-20 06:54:30
0
Ad'Deen :
Tuanku dh buat kepurusan muktamad x prlu dpertikaian selanjut nya
2026-09-20 05:48:09
0
Makmur bersama :
@Makmur bersama:Jangan Salahkan Agong!! @Makmur bersama:Kabinet gagal melaksanakan mandat keramat rakyat.:Apa tidaknya? Agong bertindak atas nasihat Kabinet dalam semua fungsi Di Rajanya? :Dalam semua Perkara Fungsi Agong, Perogatif Pengampunan dan Mahkamah Khas dalam Artikel 40 dan 42 dan 182 Perlembagaan Perseketuan menetapkan bahawa kuasa Perogatif Pengampunan adalah fungsi Di Raja Exklusif kepada Agong di atas nasihat Wajib Kabinet(Bukan Menteri Wilayah) melalui Badan Pengampunan yang di pengerusikan Agong sendiri . Perkara Mahkamah Khas pula boleh di tubohkan untuk membicarakan apa salah laku Agong atau Raja termasuk jenayah bertindak berlawanan dengan nasihat EXCO/Kabinet Lantikan Baginda. Jadinya, Perogatif Pengampunan Banduan sebenar-benarnya mencerminkan nasihat rasmi Kabinet. Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Wilayah Sabah, Sarawak dan Malaya pada 16hb September ini.
2026-09-20 04:05:02
0
qul⁷ :
Kerajaan mana rasa kamu bole menimbulkan sense atas kebenaran setiap isu berlandaskan kebenaran & pengadilan bertimbang..
2026-09-20 02:42:05
0
Mohd Tanzizi Mohd Yusof :
tak pa polok lah dap
2026-09-20 06:49:33
0
AKU BUDAK CEPLOS (ABC) :
fahami tahanan dalam rumah berbeza tahanan dalam penjara
2026-09-20 03:20:36
0
user8805258643235 :
[Naif][Naif][Naif]
2026-09-20 05:51:03
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.