@berita.ks: KULIM, 19 Sep - Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih menunggu surat rasmi Lembaga Pengampunan berhubung keputusan membenarkan Dato‘ Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman di rumah sebelum sebarang tindakan lanjut diambil Jabatan Penjara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya setakat ini belum menerima pemakluman rasmi mengenai keputusan yang dibuat pada mesyuarat Lembaga Pengampunan, semalam. Katanya, surat berkenaan penting bagi menjelaskan butiran keputusan serta tindakan yang perlu dilaksanakan Jabatan Penjara mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. “Di KDN, di mana Jabatan Penjara di bawahnya, pertama kita akan menunggu surat rasmi memaklumkan kepada kita tentang keputusan oleh Lembaga Pengampunan, semalam. Setakat ini kita belum terima apa-apa. “Daripada pemakluman itu, barulah kita jelas apakah tindakan selanjutnya yang akan kita ambil agar tindakan ke arah melaksanakan keputusan itu sesuai dengan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya. Menurutnya, pemakluman rasmi itu lazimnya disampaikan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri sebelum Jabatan Penjara mengambil tindakan. Saifuddin berkata, situasi itu sama seperti keputusan Lembaga Pengampunan terdahulu yang membawa kepada pengurangan hukuman Najib daripada 12 kepada enam tahun serta denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta. Ditanya mengenai lokasi tahanan rumah terhadap Najib, beliau berkata perkara itu juga bergantung kepada butiran yang terkandung dalam keputusan rasmi Lembaga Pengampunan. #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 20 September 2026 01:45:32 GMT
1232
31
8
1

Music

Download

Comments

mohd.tanzizi.mohd
Mohd Tanzizi Mohd Yusof :
Los ni najib hantam Zahid Zahid hantam najib ..bng non ketawa he he
2026-09-20 05:31:07
0
tikuih13
tikuih13 :
Tak yah wayang lagi lah.
2026-09-20 02:21:29
0
.hsusnshz
. :
kerajaan ni sengaja nk melengahkan lengahkan Najib laksanakan tahanan rumah.
2026-09-20 03:18:24
0
ayumaslinda.linda6
LINDA 💙💙💙💙LIN :
nike dah takut dengan bayang-bayar miliki sendiri.. mereka dikejar dengan bayang-bayang mereka sdn ...
2026-09-20 03:53:29
0
ansekar
A. N SEKAR 479 :
2026-09-20 02:30:57
0
gutauseirnjoakpuzvaypycn
Un bel homme •и• :
Posmen cuti laâ bro
2026-09-20 02:16:05
0
madmega2
madmega :
jangan sorok pulak surat tu nanti
2026-09-20 03:34:40
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About