@whatwouldlizzydo: Some styles are sold out I would snag your set now! @Glamnetic #glamnetic #glamneticnails #halloweennails #halloweenpressonnails #pressons

WhatWouldLizzyDo
WhatWouldLizzyDo
Open In TikTok:
Region: US
Sunday 20 September 2026 02:37:49 GMT
1275
14
2
1

Music

Download

Comments

amandafashionfinds
Amanda :
Glamnetic always has the best nails!
2026-09-20 14:17:17
0
deesibrian
Diana sibrian 🩵 :
These are stunning 😍
2026-09-20 17:36:52
0
To see more videos from user @whatwouldlizzydo, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Kemelut pentadbiran Negeri Sembilan memasuki perkembangan baharu apabila Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkuat kuasa serta-merta. Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas baginda mendapati kesemua Exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka. Istana menjelaskan, di bawah Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Exco memegang jawatan selagi diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar. Kesemua Exco berkenaan sebelum ini mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia di hadapan Tuanku Muhriz pada 7 Ogos lalu. Menurut Istana, mereka ketika itu berikrar taat setia kepada baginda dan institusi diraja, mempertahankan Perlembagaan Negeri Sembilan serta mengiktiraf kuasa Dewan Keadilan dan Undang. Bagaimanapun, Istana menyatakan sumpah berkenaan telah dimungkiri menerusi tindakan dan kenyataan mereka pada 15 September lalu. Pada tarikh tersebut, barisan Exco membuat keputusan sebulat suara berhubung proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz dan meminta proses pewartaan diteruskan. Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim sendiri kemudiannya mengesahkan keputusan itu dibuat secara kolektif oleh semua Exco. Namun Dewan Keadilan dan Undang selepas itu menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar yang sah, manakala Jabatan Peguam Negara turut menyatakan proklamasi penurunan baginda tidak sah kerana tidak memenuhi kehendak mandatori Perkara 10 Undang-Undang Tubuh negeri. Kini Tuanku Muhriz menarik balik perkenan terhadap pelantikan barisan Exco berkenaan. Setiap individu terbabit juga telah dimaklumkan mengenai pembatalan jawatan mereka melalui warkah. Menteri Besar Ismail Lasim seterusnya perlu mempersembahkan senarai calon Exco baharu untuk pertimbangan dan perkenan Tuanku Muhriz mengikut Perkara XXXVIII(2). Baginda turut menitahkan supaya Menteri Besar memastikan pentadbiran Negeri Sembilan terus berjalan tanpa gangguan dan kepentingan rakyat sentiasa terpelihara. Ringkasnya, Exco yang pada 15 September membuat keputusan berhubung kedudukan Tuanku Muhriz kini tidak lagi memegang jawatan Exco selepas perkenan terhadap pelantikan mereka ditarik balik oleh baginda. #unofficialinfo

About