@amethakeen: Dia Jatuh 4KM, Tapi Masih Hidup? Joan Murray terjatuh dari ketinggian 14,500 kaki selepas payung terjun utamanya gagal dibuka. Payung kecemasan juga bermasalah sebelum dia menghentam tanah pada kelajuan kira-kira 129 km/j. Namun, dia mendarat di atas sarang semut api dan sengatan yang dialaminya dipercayai membantu tubuhnya terus bertahan sehingga bantuan perubatan tiba. Kisah benar yang sukar dipercayai ini akhirnya berakhir dengan Joan terselamat selepas menjalani rawatan dan beberapa pembedahan.