@unite1963_: ​TAHUKAH ANDA? 🤔📚📝 ​ Masih terdapat kekeliruan dalam kalangan masyarakat hari ini, khususnya mengenai perbezaan antara Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Hari Penubuhan Malaysia. ​Posting ini menjelaskan perbezaan kedua-dua tarikh bersejarah tersebut, terutamanya dari sudut perbezaan entiti politik antara Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Persekutuan Malaysia. ​💡​Persekutuan Tanah Melayu ialah sebuah persekutuan yang mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ia terdiri daripada 11 buah negeri, iaitu sembilan Negeri-negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka (yang sebelum itu merupakan sebahagian daripada Negeri-negeri Selat). ​💡​Persekutuan Malaysia pula ditubuhkan pada 16 September 1963 hasil penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura. 📌 Sementara itu, posting ini juga akan menelusuri beberapa sumber rujukan seperti akhbar lama termasuk dokumen perundangan penubuhan Malaysia seperti Cobbold Commission Report , Inter-Governmental Committee Report, dan Malaysia Agreement 1963 (MA63). Sumber - sumber tersebut telah berkali-kali menekan bahawa Malaysia merupakan sebuah Persekutuan baharu yang terdiri beberapa unit politik dan bukannya pembesaran wilayah Malaya. ​Ringkasnya: ​31 Ogos 1957 ➡️ Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ​16 September 1963 ➡️ Penubuhan Malaysia ​Oleh itu, Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Hari Malaysia merujuk kepada dua peristiwa sejarah yang berbeza. ​📌​Selain itu, tindakan mengaitkan pembentukan Malaysia dengan Amerika Syarikat atas alasan pembesaran wilayah bersandarkan tarikh 31 Ogos 1957 adalah tidak relevan. Amerika Syarikat lebih dikenali melalui konsep Expansion Territorial, manakala Malaysia pula merupakan sebuah Persekutuan yang ditubuhkan menerusi persetujuan bersama oleh beberapa unit politik melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang juga merupakan perjanjian antarabangsa yang hanya boleh ditandatangani oleh negara (State). #ma63 #youthma63 #malaysia #History #dna63

Unite63
Unite63
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 20 September 2026 05:39:12 GMT
8319
241
19
33

Music

Download

Comments

user5865779687841
J.A :
Malaysia tidak pernah dijajah ...Malaysia hanya dibentuk oleh 4 wilayah. Malaya Sabah Sarawak Singapura.
2026-09-20 19:48:02
11
jiritoambalau
azizi :
sebab tu dri dlu lg sy tdk naik bendera Malaysia dan sambut kemerdekaan pd 31 Ogos tp 16 September ja...tp naik bendera Sabah shj utk 31 ogos
2026-09-20 12:14:23
9
langkaushop
Ibanez :
Kena tipu buku sejarah ja masa sekolah dulu..skrg dah ada sosmed bru tau😏
2026-09-21 02:25:23
2
jamil.sehim
limaj :
ada pemimpin malaya kuat menipu dan resis dan tunggang agama dan sanggup menghina agama dan bangsa-bangsa lain di mlysia demi kuasa orang seperti mereka tak layak menjadi pemimpin dan wakil rakyat
2026-09-20 23:21:35
2
mail1988
(MIL) :
Sabah Borneo merdeka tahun 1963 Malaya merdeka tahun 1957 tiap tahun samut hari merdeka dengan tidak batul kana wayang lagi dari pada dulu hinga kini 2026
2026-09-20 16:05:27
3
gamannuluhon
Donny :
Ini fakta yang betul,tetapi politik telah memgubah sejarah yang sebenar.klau sy kan 16hb09 saja sy naikkan bendera sabah dan Malaysia dan kalau 31hb08 sy naikkan bendera sabah saja.
2026-09-20 12:43:49
4
mazri.zul.azmi
zumi :
Kalo nak bersatu,,kena henti cari perbezaan tapi carilah persamaan...
2026-09-21 00:26:21
0
flying.v72
FLYING V :
ini yang ditakutkan tun,tapi sejarah tak dapat dipadam.
2026-09-21 00:04:40
0
oboyfredlyn
Oboy Fredlyn :
kedudukan sabah sarawak berubah semasa tun mengambil ahli pemerintahan pusat.pemimpin borneo yg menantang atau mengeluarkan tuntutan ma63 akan dimasukkan dalam ISA.seperti mna yb panglima DDJK.
2026-09-20 14:53:11
8
lse736
Lazarus Simeon :
Skrg dah faham, saya hanya mengantung bendera malaysia pd 16 September setiap tahun
2026-09-21 01:33:58
1
apaicantek89
apai cantek :
sebab tu singapore dan brunei bijak,mereka awal tahu yg pemimpin² malaya akan cuba rebut hasil dan kuasa negara dgn memutar belit fakta dan sejarah😌
2026-09-20 14:09:14
2
awina799
awina :
16 sept tu malaysia di tubuhkan..malaya atau semenanjung 31 ogos....tapi kenapa kami smdi sabah dan sarawak kena menyambut dan du bodohkan utj menyambut 31 ogos sebagai hari kemerdekaan..pembohongan besar sejarah
2026-09-20 05:54:40
2
henryy1991
HenryY1991 :
susah mau bagi edukasi sama orang² yang kurang paham sejarah pembentukan Malaysia😅. Di bagitau pun masih juga dengan pemahaman diurang sendiri. Aku tak sambut kemerdekaan malaya 31 ogos 1957 sb sabah dan sarawak belum 'self-government' masa tu.Aku hanya sambut 16 september 1963 bersama².
2026-09-20 14:51:33
1
rodzcustomade
Nara p.a sistem :
Malaysia tdk prnah dijajah.. Cuma naungan british. Buktinya Sultan2 masi ada memerintah.. Dri sdut pandangan lain. Yg merdeka tu hnya laungan keuntungan org2 tertentu apabila kuasa mutlak sultan diturunkan..
2026-09-21 02:08:49
0
unite1963_
Unite63 :
@Pengetahuan Am 🇲🇾 @History & Politics
2026-09-20 05:59:59
1
rchd_83
R.Rjm83 :
[Suka][Suka][Suka]
2026-09-20 14:53:47
0
To see more videos from user @unite1963_, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About