@berita.ks: KUALA LUMPUR, 20 Sep - Bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mempersoalkan kewajaran Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan isu pengampunan bersyarat Dato' Sri Najib Tun Razak. Beliau secara terbuka membangkitkan persoalan mengapa Loke tampil mengambil tanggungjawab sepenuhnya, sedangkan pemimpin DAP lain yang terkait secara langsung dengan isu berkenaan tidak mengambil langkah serupa. "Orang ramai mempersoalkan mengapa Anthony Loke menawarkan diri untuk meletakkan jawatan, sedangkan Hannah Yeoh yang menganggotai Lembaga Pengampunan tidak menawarkan diri untuk berundur," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook. Selain itu, Wong Chen turut mempersoalkan ketiadaan tindakan daripada Nga Kor Ming, yang sebelum ini pernah menyatakan kemungkinan secara terbuka untuk meletakkan jawatan sekiranya bekas Perdana Menteri itu 'dibebaskan'. Terdahulu pada Sabtu, Loke memaklumkan keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, dengan menegaskan langkah itu hanya membabitkan dirinya agar menteri dan timbalan menteri DAP yang lain kekal dalam kerajaan demi menjamin kestabilan politik. Menyifatkan prinsip tanggungjawab bersama dalam kepimpinan sebagai pendirian politik yang bijak, Wong Chen bagaimanapun berpandangan bahawa tindakan mengorbankan pemimpin tertinggi semata-mata untuk membolehkan pemimpin lain kekal berkuasa adalah suatu perkara yang berbeza. Kredit foto: FMT, Malaysiakini #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Sunday 20 September 2026 06:00:00 GMT
Music
Download
Comments
Benny Selva :
very good question ❓
2026-09-20 10:34:58
0
otai pencen :
Sebab Yb anthony.Sua parti yg berprinsip dan bertanggung jawab...TIDAK ACAH2 MURID CABAR GURU..
2026-09-20 06:28:41
1
Yoges1965 :
loke baik hannsh dan nga kena keluar
2026-09-20 09:04:26
1
sTar mize :
salah tu kenapa Loke sorg kenapa tak semua je
2026-09-20 09:07:01
1
RitchieBarney :
Suka hati mereka laa...
2026-09-20 06:50:18
1
Modern Kinetics Enterprise :
Kalau nak Malaysia selamat... pru akan datang... lantik calon bebas.... jangan pilih parti.
tak nak politik lagi.
2026-09-20 06:12:26
1
JM79 :
dap kn bangang
2026-09-20 09:13:13
0
MoosesStyle :
Wayang kulit
2026-09-20 10:14:56
0
NastradaMOS :
Dah mcm cerita Jade Drama
2026-09-20 08:52:32
0
fernlover :
org yg paling perlu dipersoalkan
ialah UMNO
🤔🤔🤔
2026-09-20 08:42:37
0
Cik Tepak Sireh :
Sbb dua dua tu duri dlm daging sebenarnya. 😏Lihat secara telus...mereka ni gen baling batu sembunyi tangan. Byk tersirat walaupun kawan. "You die alone don't drag me".
2026-09-20 08:00:36
0
amin :
terbaik DAP....gentleman....jgn jdi mcm puak pas khawarij ....msa jdi kerajaan 33 bulan judi dinaikkn sebanyak 22x setahun....lebai ckp dh bantah di parlimen....yg aku nk tnya dulu knape lebai2 ni tk letak jawatan jdi menteri2 tanda protes demi menegakkan islam......tpi ini tidak berlaku langsung....masih lgi nk jdi menteri2 demi kuasa pangkat harta dn duit.........perjuangkan islam konon...
2026-09-20 08:19:39
1
user1543750501094 :
Wong Chen ,barking up the wrong tree lah, UMNO problem lah 🤣🤣🤣
2026-09-20 08:19:47
0
MFAR :
2026-09-20 08:32:39
0
David :
traitor!!!
2026-09-20 07:59:56
0
Khusyairy Pangkas :
Mengapa menyibuk ruang parti orang?
2026-09-20 06:04:43
1
hyuga :
😁😁😁
2026-09-20 06:49:11
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.