@thekelantandaily: Jabatan Perhutanan Kelantan merampas 290 batang kayu hutan pelbagai saiz dan spesies selain jentera berat serta mesin pemprosesan dengan anggaran nilai keseluruhan RM1.425 juta dalam serbuan di sebuah kilang kayu di Kampung Bukit Kecil di sini, pada Sabtu. Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan pada kira-kira jam 2 petang itu dijalankan pasukan Risik Batalion 8 PGA, Pengkalan Chepa dengan bantuan Jabatan Perhutanan Jajahan Tanah Merah menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan. Menurut beliau, operasi berkenaan turut membawa kepada penahanan empat lelaki berusia antara 26 hingga 45 tahun, termasuk seorang kerani kilang, bagi membantu siasatan. "Antara rampasan ialah sebuah jentera berat jenis Caterpillar bernilai kira-kira RM800,000, dua mesin Cross Cut (RM70,000), dua mesin Band Saw (RM500,000), 13 mata gergaji (RM26,000) dan 290 batang kayu hutan bernilai kira-kira RM29,000. "Serbuan dilakukan susulan maklumat mengenai aktiviti pemprosesan kayu di premis berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini. **Lelaki Kendali Jentera Angkut Kayu Ahmad Radzi berkata, ketika serbuan dilakukan, seorang lelaki dilihat mengendalikan jentera berat bagi membawa muatan kayu ke kawasan mesin Band Saw. Tiga lagi lelaki pula dilihat sedang memotong kayu menggunakan mesin berkenaan. Pemeriksaan mendapati kerani kilang terbabit mempunyai salinan Perakuan Industri Berasas Kayu yang sah sehingga 31 Disember 2026. Bagaimanapun, lelaki berkenaan gagal mengemukakan permit pemindahan kayu daripada Jabatan Perhutanan. “Susulan itu, pihak Jabatan Perhutanan Jajahan Tanah Merah dipanggil ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan lanjut,” katanya. **Kayu Dipercayai Tidak Bercukai Hasil pemeriksaan Jabatan Perhutanan mendapati kayu yang terdapat di kawasan kilang dipercayai tidak bercukai. Mesin dan jentera yang terdapat di premis itu turut disyaki digunakan untuk memproses kayu berkenaan. Kesemua suspek bersama barang kes kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Jajahan Tanah Merah untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). #KelantanDaily #BeritaKelantan Sumber: Bernama

Kelantan Daily
Kelantan Daily
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 20 September 2026 08:21:35 GMT
27552
390
17
110

Music

Download

Comments

pokyah257
Alias32 :
masa tebang ok ja siap buat kayu saiz baru DPT hehe hantu TK jamu sama rata hantu hutan jamu ayam hantu bandar jamu ikan masin🤣🤣🤣
2026-09-20 10:14:20
5
vtc_318
SHANE PAUL :
takdok po satu doh la kali ni
2026-09-20 09:20:09
1
zahraanasir_
zahraaNasir_ :
juta2 OOO Kya jabatAn hutan
2026-09-20 09:19:05
1
yatimrashid
Yatim Rashid :
Tak masukk igak slalu some kayu ni bertahun doh oprasi sebelum ni ok jah.
2026-09-20 13:38:01
0
rizalllmahmud60
Rizal.rs :
buat harga ikut sedap dia jh.tk masuk akal.
2026-09-20 13:38:22
2
srijayaenterpise
srijaya :
baik istihar rm5juta terus..sawo tu letak la harga sejuta sebiji..croscut kurg2 rm50k sebutir..baru yo..lapar beli kes org
2026-09-20 11:22:52
1
mohdzulkifli556
mohdzulkifli556 :
nilaian tak munasabah langsunggg
2026-09-20 11:45:43
0
wh0_thomas
خيرول :
Apa nk jadi la
2026-09-20 09:05:04
0
hafizil968
Hafizil968 :
🤣😅
2026-09-20 11:55:34
0
omarfarukkamarudi
USER :
2026-09-20 12:11:24
0
nor.his8
Nor His :
pekerja semua di tangkap...bos boleh senyum kat luar😅😅😅.
2026-09-20 11:11:05
0
mohdazriel18
Azriel18 :
Mask berita juta” harga Kayu x sampai 5k pun
2026-09-20 11:13:22
3
035299joe
joe open jqm :
g cek lombong mas sokor etek er
2026-09-20 12:37:12
1
selebetoffical
MIK4IZ 🥶 :
Klau di siasat betul2 mesti Ada campur tgn lebai2 yg duk lindung I.. Sbb bnda dh lama.. Bkn Baru minggu ni wujud semua tu
2026-09-20 12:07:30
0
user74628716715562
sor :
Aikkkkkk..... Malaysia masih ada undang2 lagi ke????
2026-09-20 10:46:44
0
panglima_badang
Panglima_badang :
😳😳😳
2026-09-20 09:15:10
1
To see more videos from user @thekelantandaily, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About