@iams4if: UMNO lancar Tabung Solidariti Najib untuk kumpul RM50 juta. Tujuan: bayar denda supaya bekas PM yang disabitkan bersalah boleh keluar penjara dan masuk tahanan rumah sampai Ogos 2028. Ada cadangan “RM50 seorang” dari ahli UMNO. Kalau sejuta ahli sumbang RM50, terus cukup. Sementara itu: Hutang 1MDB masih berbilion (poster sebut RM51.4 bilion, selesai 2039). Ramai aset Najib masih dibekukan, jadi dia kata “bukan dalam kawalan dia” untuk bayar sendiri. Parti yang dulu bantah rasuah, sekarang kutip duit ahli untuk bantu bayar denda orang yang disabitkan. Kritik terus keluar: ini nampak macam menghalalkan rasuah bila melibatkan “boss” sendiri. Soalan pedas yang orang tanya: Kalau rakyat biasa kena denda atau hutang, ada ke tabung parti yang tolong bayar? #TabungBantuNajib #RM50Seorang #SiapaNakMenabung #CashIsKing #1MDB #DoubleStandard