@berita.ks: MELAKA, 21 Sep - Raja Melayu tidak boleh dilayan seolah-olah boleh ditukar mengikut kepentingan politik kerana kedudukan institusi itu tertakluk kepada Perlembagaan dan undang-undang. Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak yang sebelum ini lantang mempertahankan Institusi Raja Melayu tidak sepatutnya mempersoalkan kedudukan Raja apabila sesuatu keputusan tidak selari dengan kepentingan mereka. "Di Negeri Sembilan, orang yang bising-bising, Raja Melayu, Raja Melayu, Raja Melayu, tapi bila keputusan tak selari dengan dia, mahu buang itu Raja Melayu. Saya tak boleh terima. "Kita ikut Perlembagaan dan undang-undang. Kalau Raja ini kita boleh tukar-tukar ikut bulan, sistem Raja akan gagal. "Sebab itu Kerajaan Persekutuan dengan tegas (bahawa) Raja yang ada (Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan) sah dan ikut prosesnya (untuk tukar) seperti mana termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang," katanya. Beliau berkata, kedudukan Raja perlu dihormati berdasarkan proses yang ditetapkan dalam Perlembagaan dan undang-undang, termasuk dalam menentukan keabsahan seseorang yang memegang jawatan berkenaan. Katanya, keadaan boleh menjadi kurang stabil sekiranya Institusi Raja dijadikan isu politik atau wujud usaha mempengaruhi Raja supaya membuat keputusan mengikut kehendak pihak tertentu. Kredit Foto: NSTP #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Monday 21 September 2026 02:00:09 GMT
Music
Download
Comments
NAGAEMAS 13 JM🐊🐊13🇵🇱 :
system raja tu istana punya hal bukan politik..kecuali n9 saja bergilir boleh di tukar...sebab. undang luak ada...
2026-09-21 04:26:17
75
S Y E I K H :
Di Selangor, isu babi pun lawan Sultan. 😅
2026-09-21 02:40:13
85
deenwiraa :
hg setuju dikekalkan sebab raja yg ada sama selera
.klau tak sama hg Pon guling guling jg suruh tukar
2026-09-21 02:38:37
65
belud berlado :
dah pakat dgn raja ke tu?
2026-09-21 05:42:47
7
jiebibie :
pastikan pru tolak bn pas parti yg keluar dri landasan...
2026-09-21 02:59:23
13
Lᴶ hehehehe :
PH yg bakal lingkup sabah joho n9 lingkup dh
2026-09-21 05:00:06
9
Ciku💯 :
Pastikan PAS lingkup PRU16 InsyaAllah
2026-09-21 02:08:44
30
mr, dins :
kalau sistem PM selalu tukar berarti pm gagal lah😭
2026-09-21 03:41:30
22
dhdj1195 :
itu maknya kerajaan persekutuan campur tangan dlm urusan d raja..akhirnya sendiri mengaku
2026-09-21 03:17:47
18
Wan :
kembalikan kekebalan pada raja semula supaya orang politik tidak boleh menganggu gugat raja2
2026-09-21 03:12:49
12
Azmi :
terbaik PMX negara di dahulukan itu lah Perdana menteri Malaysia.
2026-09-21 12:09:47
0
Aali :
2026-09-21 03:02:39
11
Aizat Izat :
Spin raja lak 😂
2026-09-21 03:21:34
6
Angah apit :
sistem raja gagal sebab masing2 gila kuasa suka masuk campur hal2 raja...
2026-09-21 05:35:48
3
Anak Utara Mai :
Konfius raja ke yang dipertuan besar ns?
2026-09-21 12:55:26
0
Zul Ammar :
dia yg x paham kot bab negeri sembilang ade sistem undang...x sama dgn negeri2 yg laen kn...kata menghormati raja2 tp kenapa nk dipolitikkan benda2 yg x sepatutnye kn...sebenarnye ape agenda dia sebagai pm malaysia patut hal raja2 mcm ni x blh pn di politikkan...aq duduk.perhatikan zaman skrg politik x lekang mulut nk fitnah nk clim diri dia baik lupa ke diri dia siapa sblm ni...ekonomi negara mkin teruk pn dia bwt x tahu je...politik x salah tp jgn sampai rakyat banyak susah pn ckp rakyat x terjejas n susah...pm tp tetap mcm pembangkang kn...
2026-09-21 04:42:51
4
RuziiidaSdn :
Orang politik jangan sibuk masuk campur urusan Raja-raja..
2026-09-21 08:37:47
1
WhiteFeces :
klu dah pm pun selalu gagal,Kita patut tukar
2026-09-21 07:26:06
1
matahari :
benar...
2026-09-21 03:30:11
3
user81991135636208 :
Ko ikut cakap Sultan ke ikut cakap DAP?
2026-09-21 07:19:21
1
Shaharudin Shaari :
2026-09-21 05:38:53
2
HR HERITAGE 📌 :
betul betul cara kuku besi dia nk buat .dia nk jadi king weh
2026-09-21 06:57:04
1
Abd Jamil :
lagi gagal kalau ada pihak tak ikut titah dan sorok titah
2026-09-21 03:41:01
4
TheFinalChapter :
PM gagal gagal hayati prinsip demokrasi adat pepatih dan tidak perlu tambah beban kerja Perdana menteri
2026-09-21 03:43:39
4
iZzU63 :
Dia sndiri gagal nk sbuk kata hal diraja....
2026-09-21 06:43:54
1
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.