@thereportermy: Datin Seri Rosmah Mansor menzahirkan rasa terharu selepas menerima sokongan serta tawaran sumbangan daripada rakan dan kenalan termasuk dari Brunei, Itali, Singapura dan Kanada susulan perkembangan terbaharu membabitkan Datuk Seri Najib Razak. Menurut Rosmah, mereka menghubunginya dan menyatakan hasrat membantu kerana mahu melihat Najib kembali bersama keluarga. Beliau berkata sokongan itu membuatkannya sedar siapa yang terus bersama keluarganya ketika melalui waktu susah dan senang. Perkara itu berlaku selepas Najib mendapat pengampunan bersyarat untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk antaranya kepada penyelesaian denda RM50 juta. Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan sebelum ini turut dilaporkan mengumpul lebih RM634,000 dalam tempoh tiga jam pertama. Sumber: Sinar Harian, Astro Awani Gambar: Free Malaysia Today