@norhaizatmokhtar: ANAK², HADAM YE.... 11 tahun kamu pergi sekolah. 11 tahun kamu belajar, penat, mengeluh, kecewa, gagal, bangun semula, tapi jangan pernah fikir perjuangan itu kamu seorang. Di belakang kamu ada mak ayah. Kamu pergi sekolah, mereka yang fikir makan minum kamu. Kamu perlukan buku, mereka cuba belian. Kamu perlukan duit belanja, mereka usahakan. Kamu sakit, mereka yang risau. Kamu gagal, mereka pujuk. Kamu jatuh, mereka yang suruh kamu bangun semula. Kamu mungkin penat belajar, tetapi mak ayah penat mencari rezeki untuk memastikan kamu terus belajar. Kamu mungkin menangis sebab keputusan peperiksaan, tapi pernah tak kamu fikir, berapa kali mak ayah menangis dalam diam kerana takut mereka tak mampu memberikan yang terbaik untuk kamu? Anak², Jangan tunggu sampai kamu dewasa atau tua baru kamu sedar. Jangan tunggu sampai mak ayah sudah tiada baru kamu teringat wajah mereka. Jangan sampai kejayaan yang kamu kejar hari ini menjadi sesuatu yang mak ayah tidak sempat melihat. Mak ayah sebenarnya tak minta kamu jadi manusia paling hebat. Mereka cuma mahu melihat kamu berjaya menjadi manusia yang baik, tahu bersyukur, tahu menghargai dan tahu menghormati. Kalau hari ini kamu masih malas, masih banyak bermain, masih leka dengan telefon, masih fikir belajar itu menyusahkan, pandanglah wajah mak ayah kamu dan tanya diri sendiri, “Berbaloi ke pengorbanan mak ayah aku kalau aku sendiri tak bersungguh²?” Kamu tidak perlu membalas semua pengorbanan mereka hari ini. Cukup dengan satu perkara dahulu. JANGAN SIA²KAN PELUANG YANG MEREKA SUSAH PAYAH BERIKAN. Terima Kasih SMK SAGIL. #norhaizatmokhtarrudin #nasihat #motivasi #CapCut

norhaizatmokhtarrudin
norhaizatmokhtarrudin
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 21 September 2026 12:30:57 GMT
4874
292
33
113

Music

Download

Comments

sitiaisahusof
Siti Aisah Usof :
alhamdulillah terima kasih cikgu
2026-09-21 12:57:19
0
nurhidahalim
nurhidahalim :
kalau la dkt sy dh htr ank sy jumpa cikgu.adore sgt dgn nsht2 ckgu
2026-09-21 12:47:29
4
salinaasmoni136
salinaasmoni136 :
Alhamdulillah..terima kasih kepada Cikgu datang dari Jauh kongsi ilmu kepada kami anak2 n ibubapa . dan beri kata2 semangat n sokongan kepada anak2 SMK Sagil UTK menduduki SPM tahun ni...semoga Cikgu sentiasa sehat2 selalu..bahgia bersama keluarga dah sentiasa dipermudahkan segala urusan Cikgu dunia akhirat.. Amin3 YRA 🤲...
2026-09-21 14:02:15
3
norhaizatmokhtar
norhaizatmokhtarrudin :
TERIMA KASIH ❤️
2026-09-21 12:55:24
2
wahidaishak
@WahidaIshak :
Kami as parent ni xharap sgt ank2 balas, dah jd tanggujwb n amanah Allah beri InsyaAllah kami jalankan sebaik sedaya kami, apa yg kami harap dieorg ttp teguh dgn Iman di dada berjaya ni terpulang diri sendiri ikt laa mana2 pun jgn buat perkara yg tak sepatutnye sudah laa, doa yg baik2 aje🤲🤲🤲..
2026-09-21 12:56:33
2
aiza_watie
AIZAA_123 :
Tak sabar nk tunggu 26 hb ni..cikgu dtg sekolah ank saya...🥰
2026-09-22 03:52:00
1
zaleharizalzaleharizall
ZalehaRizal ZalehaRi :
terima kasih cikgu haizat ❤️bagi kata2 semangat untuk anak2 SMK SAGIL TANGKAK ❤️saya salah sorang ibu pelajar sekolah menengah kebangsaan Sagil Tangkak ❤️
2026-09-21 12:43:03
1
lezaeosop
lezaeosop_🦋 :
Alhamdulillah...dpt bertemu dpn2 dgn cikgu...selama ni follow kt TT jer..terima kasih cikgu dgn kata2 semangat buat ank2 SMK Sagil utk SPM 2026...
2026-09-21 15:08:59
1
zarrahanuar
🌸Z4RR4H4NU4R🌸 :
Sebagai mak ayah kami dah penuhi keperluan ank2 utk pembelajaran mereka, janji anak2 rajin belajar jer.. Tak minta ank2 balas apa2 pn atas segala pengorbanan kami selama ni sbb tu semua dah mmg menjadi tanggungjawab dan amanah, satu jer ank2 kna igt, jgn lupakan jasa mak ayah selama ni☺️
2026-09-21 15:16:20
0
saharudin.a.rahman
SAHARUDIN A.RAHMAN :
SMK SAGIL HADIR. TERIMA KASIH CIKGU SEMOGA BERMANFAAT... INSHAALLAH
2026-09-22 09:50:25
1
juuliiza5
LizaDuri :
sedih video ni walau kita x dak kat situ terbayang kita ngan anak kat situ 😭
2026-09-22 03:03:22
1
nuramyhomemade
Nuramy Homemade :
🌹🌹🌹🌹🌹
2026-09-22 07:28:11
0
ohzilalala
⭐mynameiszila⭐ :
cikgu boleh tolong brainwash anak saya? 😅 insaf nya sementara je... rasa nak cubittttttt je
2026-09-21 15:56:14
0
ejaajoi
PUAN EJA :
Best sangat2
2026-09-22 03:45:58
0
mamatwinnaurahs
mama_kembo84 :
Terima kasih cikgu sudi hadir ke SMK Sagil ❤️
2026-09-21 13:19:57
0
norazirah._
Azi Azirah❤️ :
@bttrswett @yrwawers
2026-09-21 12:40:47
2
iranajiha76
iranajiha76 :
🥰
2026-09-21 14:51:56
0
honeyhanim7562
Hani :
🥰🥰🥰
2026-09-22 01:24:56
0
To see more videos from user @norhaizatmokhtar, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About