@abukhaleef2: BERKUMPUL KERANA ALLAH, MENCARI CINTA ALLAH 🤍 Rasulullah ﷺ meriwayatkan bahawa Allah سبحانه وتعالى berfirman: وَجَبَتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَحَابِّينَ فِيَّ، وَالْمُتَجَالِسِينَ فِيَّ، وَالْمُتَزَاوِرِينَ فِيَّ، وَالْمُتَبَاذِلِينَ فِيَّ “Telah wajib kecintaan-Ku bagi orang-orang yang saling mencintai kerana-Ku, saling duduk bersama kerana-Ku, saling menziarahi kerana-Ku, dan saling berkorban kerana-Ku.” (Riwayat al-Muwaṭṭa’ Imam Malik, Ahmad) Maka apabila kita hadir ke ijtima’, jangan kita melihatnya hanya sebagai sebuah perhimpunan yang menghimpunkan ramai manusia. Lihatlah ia sebagai peluang untuk duduk bersama kerana Allah, mengingati Allah, mendengar nasihat agama, mencintai saudara kerana Allah dan mengorbankan masa, tenaga serta harta kerana Allah. Mungkin kita datang dari negeri yang berbeza, latar belakang yang berbeza, bahkan tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Namun kita duduk di tempat yang sama kerana satu tujuan iaitu mencari reda Allah سبحانه وتعالى. Semoga perhimpunan kita menjadi salah satu sebab Allah mencurahkan mahabbah-Nya kepada kita. Kerana tiada kejayaan yang lebih besar daripada apabila Allah mencintai kita. #ijtima #tazkirah #cinta #fypシ @normandanieys79
abukhaleef2
Region: MY
Monday 21 September 2026 16:12:04 GMT
Music
Download
Comments
Wak_Tong :
Saya teringin nk kembali dlm jamaah
2026-09-22 13:41:37
25
乃ㄖㄚ :
Bertemu & berpisah kerana Allah☝🏻🤍
2026-09-21 19:31:53
42
adi cabel :
alhamdulillah..terima kasih doa dan nasihat dari ustaz..
2026-09-22 05:38:58
36
BubuCit@79 :
Asslm. Bang pondok Abu Hurairah ni kt mna ?
2026-09-26 10:41:53
1
matni :
takbirrr
2026-09-24 12:38:53
1
kanda_indra🇲🇾☝️ :
sedangkan org alim saja beckap seindah ini,,macam mana kalau Rasulullah yg berhadapan dengan kita cakap macam ni,, masyaallah 🥰🥰
2026-09-22 07:13:18
21
MuhdHamka :
bang bila ada lg ijtima ni..sy tringin nk pegi..
2026-09-22 01:00:17
5
ⵊ ᴅᴏɴ’ᴛ ᴋɴᴏᴡ? :
Allahuakbar minggu exam xdpt join
2026-09-24 15:30:32
1
Homestay Ummi Sungai Ular :
Zahirnya terlihat seperti sosmed membangkit kan jiwa untuk hadir ijtima’ , Ketahui lah kalian, hakikatnya Allah yang jentik hati kalian untuk angkat kaki berlari menuju ke perhimpunan muslimin sejagat, Semoga Allah amkan hidayat dan hadirkan rasa cinta pada Allah, rasul dan agama Allah🤲🏻🤲🏻💪💪
2026-09-22 00:33:51
9
SI GODEK Hj Mohd Salleh Hj Ali :
ye betul tu sahabat ijtimak yg penoh iman
2026-09-23 02:21:57
1
Hafizi Haris :
YaAllah...pilih lah saya dan keluarga kami ke Jalan agamaMu..
2026-09-22 02:48:13
6
⋆. 𐙚˚🍔 ࿔˚⋆ :
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad ♥️
2026-09-23 00:01:16
3
syamsuladib :
masyaallah hamba masih lemah Ya-Allah 😢😢😢
2026-09-22 05:48:52
2
Aril je Lah :
Teringin Nak bersama2 ulama seperti Tuan Semua masih belum ada kesempatan 😭
2026-09-22 14:59:59
2
Redzhar :
allahu Akbar
2026-09-24 09:45:20
1
Ta'zim Marketplace :
SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
2026-09-22 04:07:18
3
UsahaNiagaBersama :
alhamdulillah
2026-09-22 11:47:40
2
Sheikh Syukairy :
Allahu Akbar 😭😭😭
2026-09-22 04:14:07
1
MarkLehz.X.asbI :
Masa di Besut aritu, Geng Tabligh antara geng yg x pernah melihat dan mengata keburukan hamba hamba Allah swt.... insyaAllah next sy cuba hadir
2026-09-22 10:05:49
4
Am :
siapa nama ustaz ni ya?..sedap penyampaiannya
2026-09-22 14:22:57
4
panda solo :
tengah lap air mata ni... seriously tgok perjuangan ni PON hati jadi lapang...🥹
2026-09-22 06:47:58
3
Zee wan08 :
minta maaf Ye saya x dapat pergi pulak. Last pergi istimak Melaka je😞😞😞
2026-09-22 09:18:20
3
CheckMate :
teringin nak jumpa Ust ni..apa yg dia cakap semua sampai..
2026-09-22 06:09:51
3
toratora230 :
Usaha maqami masih lemah
2026-09-22 05:04:13
2
FAIZAL :
Subhannallah Alhamdulilah Allahuakhbar
2026-09-22 06:31:22
2
To see more videos from user @abukhaleef2, please go to the Tikwm
homepage.