@ebidmotor: Sekarang ni nak cari skuter yang nampak rugged dan masih sesuai untuk kegunaan harian bawah 200cc pun semakin menarik. Keeway XDV 180 EVO misalnya, hadir dengan enjin 174cc yang agak berkuasa. Model ni naampak menarik untuk rider yang mahukan kombinasi kuasa dan gaya ADV dalam badan skuter yang masih kompak. Paling piaw, jajan pun bersepah, harga tak sampai RM10K pun! Kalau nak sesuatu yang lebih mesra bajet, WMOTO Xtreme 150 pula menggunakan enjin 149cc yang masih bercukai-jalankan 2 hengget. Dengan output 12.1hp dan 11.8Nm model ni boleh jadi pilihan untuk mereka yang lebih mementingkan praktikaliti dan kos permulaan yang rendah. SYM Husky 200 pula berada dalam kelompok yang sama dengan enjin 175cc, menghasilkan output atas kertas yang taklah begitu menginzalkan.. tapi masih berkuasa kalau dah dibawa atas jalan! Berat skuter ni sebenarnya.. tapi dengan tangki 15L, dia memberikan karakter yang sedikit berbeza terutamanya kalau korang jenis yang suka tunggangan lebih jauh dan tak mahu terlalu kerap singgah isi minyak. Kemudian ada Honda ADV160, dengan teknologi eSP+ dan penambahan sistem Roadsync yang menaikkkan status premium nya ke level yang lebih tinggi. Model ni ada reputasi yang cemerlang disebabkan pendekatannya lebih kepada sebuah skuter ADV yang ringan, mudah dikendalikan dan menawarkan pakej teknologi tersendiri. Bagi yang mahu mengejar status, Aprilia SR GT 200 pula menawarkan sebuah skuter yang ada spec hampir setara dengan model-model didalam senarai ini. Sementara itu, Aveta Vanguard 180 pula dilihat menawarkan skuter yang ada tahap rugged dan output enjin yang sama dengan skuter-skuter didalam senarai ini. Cuma, jika korang mempercayai keupayaan sebuah jenama tempatan, model ini memang takkan menghampakan korang! Kalau korang yang kena pilih, korang akan ambil yang mana?
Ebidmotor.com
Region: MY
Tuesday 22 September 2026 05:37:00 GMT
Music
Download
Comments
AimanRizal21 :
Benda paling best Keeway XDV 180 evo 1.design macam xadv 750 () 2. Abs depan belakang siap dash cam depan dapat skli upside down TCS () 3.lampu full LED top speed 125 ikut berat badan dan terakhir harga bawah 10K je🥰😁
2026-10-08 14:15:30
0
Amir Razali :
saya pakai keeway xdv 180 evo.. alhamdulillah belum ada benda² pelik lagi..long distance selesa sgt..top speed saya boleh dpt 141 km/j..hanya setting puley dan roller..pakai daily use dan ride long jarang²..
2026-09-29 13:16:08
0
Semutgula🐜 :
Sy keeway xdv180
2026-09-24 15:30:51
2
G_Force :
sudah terlalu banyak skuter. saya mahukan motor terbang
2026-09-24 11:03:19
4
Afiq Emon :
husky memang best
2026-09-29 12:26:28
1
Daddy Cool_76 :
aveta vanguard lampu depan mcm kena la
2026-10-01 02:11:53
1
BenJimmy :
antara keeway dengan husky mana better, PLEASE HELP
2026-10-09 10:51:02
1
Abang Sally :
apa maksud curb dan dry tu? serius nak tau sebab baru nak start layan moto
2026-10-04 15:35:22
0
DarkSystem :
comparison macam ni senang nak pilih.. nice.
2026-10-08 03:05:13
0
Danial :
viper?
2026-09-23 05:54:04
1
Muhammad Noor Firdau :
buat segmen lain untuk 200cc dgn 250cc pulak
2026-09-23 04:37:55
2
Wan Don :
masih menunggu zontes 175v
2026-09-26 14:15:17
2
JejakaTidakPanas :
aprilia tu paling dkt tp sparepart dia xtau la sakit ke x
2026-09-25 03:05:44
0
Abang Ree :
vanguard 180 mercik
2026-09-24 06:22:13
2
Openg.os :
xtreme 150 tu mmg xtreme. malas nak cakap apa yg extreme 😂
2026-09-23 13:02:10
1
skibidipop :
sym husky ada stok tak?
2026-09-26 03:04:34
1
nurcaleb :
ego gear
2026-09-22 10:11:59
1
Zacx :
minat Aprillia tu tapi mentenet blh demam
2026-09-22 06:40:19
1
Fahmi_289 :
adv160 13K km milage now, fully standard buat masa skrng.. speed Masih maintain 117-118
2026-09-30 01:22:04
0
hafizzuki :
Aveta Vanguard pun ada 180 juga ka...tapi kan dok ada Aveta Viper dah
2026-10-10 14:56:36
0
ルスリ_Rusli :
Sya pengguna vanguard 180cc paduuu n steady system up to date
2026-10-08 11:38:14
0
callmeQi〽️ :
bang buat zontes 175v pulak
2026-10-04 06:57:18
0
:
Zxmotor 250
2026-09-24 14:34:51
0
To see more videos from user @ebidmotor, please go to the Tikwm
homepage.