@afiqzahari5: KUALA LUMPUR, 21 September 2026- Pelaksanaan MyKad Generasi Baharu yang baru sahaja diperkenalkan kini menimbulkan persoalan apabila beberapa sistem digital yang digunakan rakyat dilaporkan masih belum serasi dengan reka bentuk kad pengenalan baharu tersebut. Ketua Bahagian Wawasan Negara Kuala Langat, Hamidi Bakar, mempersoalkan tahap kesiapsiagaan ekosistem digital susulan laporan bahawa MyKad baharu ditolak dalam proses e-KYC bagi pendaftaran Ryt Bank, AEON Bank, GXBank dan Touch ’n Go eWallet. Menurut beliau, lebih membimbangkan apabila MyDigital ID juga dilaporkan belum dapat menyokong pendaftaran dalam talian menggunakan MyKad baharu. Pengguna yang cuba melakukan pengesahan dilaporkan menerima mesej seperti “Wrong ID detected, Ensure correct MyKad is inside the frame”, manakala sokongan pendaftaran dalam talian bagi MyKad baharu dijadualkan tersedia mulai 1 Oktober 2026. “Takkan benda sebesar MyKad pun tak diselaraskan dahulu dengan sistem-sistem digital yang rakyat gunakan setiap hari?” Hamidi berkata, persoalan yang timbul bukanlah mengenai penolakan terhadap pembaharuan atau penambahbaikan MyKad, sebaliknya menyentuh soal kesiapsiagaan keseluruhan ekosistem sebelum sesuatu perubahan besar dilaksanakan. “Kalau benar semua pihak sudah bersedia, kenapa rakyat pula yang kena berdepan dengan mesej ‘Wrong ID detected’, pendaftaran terganggu dan terpaksa mencari alternatif seperti kiosk?” Beliau berpandangan bahawa perubahan melibatkan dokumen pengenalan utama negara sepatutnya disertai penyelarasan awal antara agensi kerajaan, institusi kewangan, penyedia e-wallet, platform identiti digital serta penyedia sistem e-KYC. “Kalau sistem-sistem yang bergantung kepada pengesahan MyKad belum bersedia, perkara seperti ini sepatutnya dikenal pasti melalui ujian dan fasa percubaan sebelum pelaksanaan secara meluas,” katanya. Menurut laporan, reka bentuk MyKad baharu mempunyai beberapa perubahan ketara, termasuk kedudukan gambar serta cip, yang memerlukan sistem tertentu dikemas kini bagi mengenali susun atur baharu tersebut. Hamidi menegaskan, rakyat tidak sepatutnya menjadi pihak yang menanggung kesan daripada masalah penyelarasan teknikal antara sistem. “Kita sokong pembaharuan, tetapi pembaharuan mesti dibuat dengan perancangan yang lengkap. Pastikan ekosistem sudah bersedia sebelum rakyat diminta menggunakannya.” Beliau turut mempersoalkan sama ada keputusan pelaksanaan tersebut telah benar-benar melalui proses semakan dan ujian dari semua sudut, khususnya membabitkan perkhidmatan digital yang menjadi sebahagian daripada urusan harian rakyat. “Kadang-kadang kita tertanya-tanya, keputusan dibuat ini betul-betul sudah dikaji dari semua sudut atau sekadar buat dulu, kemudian baru fikir apa kesannya?” #gelombangbiru
afiq zahari
Region: MY
Tuesday 22 September 2026 16:35:47 GMT
Music
Download
Comments
Anggursusu18 :
geng yang pakai ic tak tukar sebab MLS ikut trend ic baru mana???cer munculkn diri jap...
2026-09-23 05:56:49
6378
DP_Rayscha :
Nasib baik aku x tukar ic lagi.. Tahniah kpd yg x tukar ic.. Kte nk tukar kerajaan
2026-09-23 04:48:55
13956
NURULZIEHA ✨ :
dia tukar ikut suka..pastu x sync dgn sistem yg sedia ada..pastu rkyat nk brurusan dgn krjaan sngkut..rkyat jgk ssh..kne tukar sne sni 😌
2026-09-23 01:27:22
2137
bunny :
sesakau2 najib pun ada jgak pembagunan...yg skrg ni entah lah😂😂...asik buat benda pelik2 jew😂😂😂
2026-09-23 09:03:12
3470
Ipinchhh. :
pkai ic lama sampai betul² tak boleh pkai
2026-09-23 00:01:32
2420
bayikobis :
bertahan la sikit...xlama je lagi madanon nk bungkus...
2026-09-23 02:04:03
1525
KEMBAQ ABANG :
sepatutnya rakyat bkn kena tukaq ic baru yg rakyat kena tukaq tuu kerajaan baruu settle laa masalah nie 😂😂
2026-09-23 14:09:43
116
👑 𝓚𝒊𝓷𝓰 𝓡𝒂𝒇ƒ ツ :
Jangan tukar yg baru lagi. Lepas mengundi baru tukat jika nak ✌🏻
2026-09-22 20:16:44
990
badrul hisham :
nasib baik jpn cakap jangan tebulu bulu dan bukan wajib tukar serta merta..
2026-09-23 04:59:12
413
𐌀𐌊𐌉𐌄𐌌🔰 :
Patutnye kerajaan kene tukar bukan ic
2026-09-23 08:29:07
169
jai :
klau x bgi orang susah bukan madani la… dulu lesen rodtax skarang ic plk
2026-09-22 21:21:51
223
Fadhil 💥 :
malas aku nk bagi 10 ringgit kat kerajaan bagang ni😂😂
2026-09-23 01:19:06
59
MecLisandra_Official :
Aku tk nk tukar ic dlu,aku nk tukar kerajaan jer
2026-09-27 01:35:26
15
Hazwan_Ismail :
aku tak kan tukar ic selagi tak tukar kerajaan..
2026-09-28 05:22:45
6
Tamada :
Nampak gah tapi sistem kelaut,biase lah madani🤭nasib baik xtukar lagi
2026-09-23 05:08:39
12
i🤍 :
Klau x tukar ic baru ni bole ke ?
2026-09-27 11:27:37
0
AHA30🇲🇾 :
ic yg ada skrg ni dah terlalu okay..
untuk apa tukar ic baru..?
seelok eloknya kerajaan skrg ni yg perlu di tukar..
2026-09-24 09:51:47
5
cloud_forge1 :
Madani menggunakan masa berbaki ini untuk menyakau sehabis yang boleh.
2026-09-23 01:27:30
44
Abang Luq :
Barang kena buat cepat walaupun sistem belum siap. Sebab tak lama lagi nak PRU. Takut melingkup. Tu yang rushing bahagi2 projek ke kroni[Tears of joy]
2026-09-22 23:58:14
172
Izanredzuan :
Madani ni kalo buat kerja terbulu bulu tu ada la sebab nye 😁
2026-09-23 05:19:20
6
Amsyar :
x menyusahkn rakyat x madanon la name nyee... [Cool][Cool][Cool][Cool]
2026-09-22 22:37:58
74
Haikal🍍. :
ic aku dri darjah 6😂 x tuka
2026-09-23 01:07:27
4777
tellyban69 :
terima kasih pmx
2026-09-23 01:45:30
7
RidhwanKuyat :
maaf.. bertanya dgn nada lembut ni.. kerajaan x buat kajian dulu ke? mereka x selaraskan betul2 ke semua.. sebelum buat keputusan untuk ubah kad pengenalan baru ni.. bukan sepatutnya betul2 kena Selaraskan dgn semua sistem.. baru buat pembaharuan.. maaf.. saya bertanya sahaja, sebab sebelum ni.. tak ada masalah sebegini rupa bila ada penukaran kad pengenalan baru.. maaf lagi..
2026-09-23 17:37:34
25
To see more videos from user @afiqzahari5, please go to the Tikwm
homepage.