@info_ak: HIMPUNAN MESRA ALUMNI UiTM BERSAMA YAB PERDANA MENTERI Himpunan Mesra Alumni UiTM bersama YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlangsung pada 26 September 2026 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, sempena sambutan 70 Tahun UiTM bertemakan “Legasi Kita, Masa Depan Bersama”. Program ini menghimpunkan alumni daripada era Dewan Latihan RIDA, Maktab MARA, ITM hingga UiTM. Selain menjadi platform pertemuan alumni bersama Perdana Menteri, program turut memberi ruang kepada alumni menyampaikan aspirasi serta memperkukuh jaringan dan sumbangan kepada universiti. Antara pengisian ialah Anugerah Tokoh Alumni UiTM dan pengenalan Biasiswa Alumni bagi menyokong generasi mahasiswa #fyppp #INFOAK #uitm #student #anwaribrahim