@nandonmose: Japanese buttery hunny toast #howitsmade #handmade #cooking #making #behindthescenes

Nandon Mose
Nandon Mose
Open In TikTok:
Region: US
Wednesday 23 September 2026 17:18:16 GMT
365
18
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @nandonmose, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Haaa korang pernah tengok tikus buluh tak? Mesti ramai yang tak pernah tengok kan. Kat kawasan hutan yang banyak pokok buluh, sebenarnya ada sejenis tikus yang memang suka duduk kawasan macam tu. Nama dia tikus buluh, orang kampung ada yang panggil “dekan”. Orang putih panggil dia bamboo rat. Tapi jangan bayangkan tikus rumah yang kita selalu nampak tu. Yang ni lain macam sikit. Tikus rumah yang selalu kita jumpa tu jenis yang memang pandai cari makanan merata-rata. Sampah dia makan. Lebihan makanan dia makan. Bangkai pun dia boleh makan. Sebab tu tikus rumah selalu kita anggap sebagai haiwan perosak. Dia boleh berkeliaran dekat longkang, tempat sampah, dapur, stor dan macam-macam tempat yang kotor. Bau pun korang tahu lah macam mana. Kencing hancing. Najis pun berbau. Dan tikus yang hidup dekat persekitaran kotor memang boleh bawa pelbagai jenis kuman dan parasit. Tapi tikus buluh ni lain. Dia bukan jenis pergi tong sampah cari nasi basi.  Dia lebih banyak makan tumbuh-tumbuhan. Buluh, akar, ubi, keledek dan tumbuh-tumbuhan yang ada dalam habitat dia. Sebab makanan dia macam tu lah, bau badan dia pun tak macam tikus rumah yang biasa kita jumpa. Najis dia pun biasanya berbentuk pelet dan tak berbau macam najis tikus rumah. Yang paling menarik pasal tikus buluh ni, saiz dia. Tikus rumah yang kita selalu nampak tu kalau besar pun kita dah terkejut. Tikus buluh pula boleh jadi jauh lebih besar. Bayangkan kalau korang nampak tikus 4–5kg depan mata. Itu bukan lagi kategori “eh ada tikus”. Itu dah kategori “Bang, panggil orang kampung ramai-ramai ada makhluk aneh ni.”  Bayangkan badan dia besar, gemuk, kaki pendek, kepala bulat. Memang nampak macam teddy bear versi tikus. Ada yang tanya aku, “Arrr KJ, rumah aku ada pokok buluh. Kenapa tikus buluh tak datang?” Haaa sebab bukan semata-mata ada buluh terus dia datang. Tikus buluh ni lebih kepada kawasan berhutan dan tanah yang boleh dibuat lubang. Dia hidup dalam sistem lubang bawah tanah dan memang banyak masa dia habiskan dalam lubang tu. Sebab tu bukan senang nak terserempak dengan dia. Kalau kawasan korang tengah bandar, memang jangan tunggu tikus buluh mai makan buluh belakang rumah.  Kalau kawasan kampung yang dekat dengan hutan, sungai dan kawasan buluh pula, peluang nak jumpa tinggi. Satu lagi benda menarik, tikus buluh ni bukan jenis tikus yang suka berlari atas bumbung rumah macam tikus rumah. Dia lebih banyak duduk bawah tanah. Dalam keluarga tikus pun ada macam-macam jenis. Ada yang kecil, ada yang besar. Ada yang makan sampah, ada yang makan tumbuh-tumbuhan. Ada yang duduk dalam rumah, dan ada yang sepanjang hidup dia duduk dalam lubang hutan. Jadi kalau korang nampak aku cerita pasal tikus buluh ni nanti, jangan samakan terus dengan tikus rumah. Dua-dua memang tikus. Tapi gaya hidup dia memang jauh berbeza. Dan kalau satu hari nanti korang nampak tikus 5kg keluar dari kawasan buluh.  Jangan jerit dulu. Ambil gambar. Sebab benda macam ni bukan hari-hari kita boleh jumpa. #tikus #tikusbuluh #bamboorat

About