@gelombangbiruselangor: KUALA LUMPUR, 24 September 2026 – Parti Wawasan Negara mempersoalkan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua kegiatan Perikatan Nasional (PN), yang didakwa berlaku pada waktu yang sama dengan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. Menurut Wawasan Negara, pihaknya telah dimaklumkan mengenai dua notis yang diterima PN daripada RoS, masing-masing bertarikh 22 dan 23 September 2026. Notis pertama dikeluarkan di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 bagi meminta PN memberikan penjelasan berhubung perkara yang dibangkitkan, manakala notis kedua merupakan perintah penggantungan di bawah Subseksyen 13(2A) akta sama. Wawasan Negara dalam kenyataannya mempersoalkan sama ada terdapat ‘tangan ghaib’ di sebalik pengeluaran notis berkenaan, khususnya kerana ia bertepatan dengan pengumuman Ketua Menteri Melaka mengenai pembubaran DUN negeri itu. Parti berkenaan turut mendakwa tindakan tersebut bermotifkan politik dan mempersoalkan sama ada penggantungan itu boleh memberi kesan terhadap persiapan PN untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Bagaimanapun, RoS sebelum ini menjelaskan bahawa notis yang dikeluarkan pada 22 September bukan merupakan keputusan untuk membatalkan pendaftaran PN, sebaliknya memberi ruang kepada gabungan itu menjelaskan aduan yang dikemukakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). RoS turut mengesahkan semua kegiatan PN digantung berkuat kuasa 23 September di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966. Dalam pada itu, Wawasan Negara menegaskan pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan parti-parti komponen PN bagi memastikan jentera dan persiapan menghadapi PRN Melaka diteruskan seperti yang dirancang. Parti itu turut menyatakan pendirian untuk mengikuti perkembangan isu berkenaan serta tindakan susulan yang akan diambil PN melalui proses undang-undang yang tersedia. PN sendiri telah mengesahkan bahawa pihaknya sedang mengambil langkah undang-undang bagi mempertahankan kedudukan dan agendanya. #gelombangbiru #fypシ #fyp

GELOMBANG BIRU
GELOMBANG BIRU
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 24 September 2026 07:42:52 GMT
1416
14
5
3

Music

Download

Comments

muskarnainnain
muskarnain :
tangan sakau mana tangan ghaib🤣
2026-09-24 08:37:02
1
pklongari
Ezul Ari 2 :
klu dh buat salah...mengaku je la...jgn sabitkan pihak lain
2026-09-24 08:03:45
0
abdullahismail812
abdullahismail812 :
politik kotor ph
2026-09-24 08:52:22
0
bondanongcookies
Ruandu naliraan :
Hamzah punya pasal lah.
2026-09-24 08:56:42
0
user3426075600242
angah :
Malaysia apa nak jadi negara aku Malaysia
2026-09-24 08:57:30
0
To see more videos from user @gelombangbiruselangor, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About