@sinarharianonline: Seorang bekas calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ditahan dipercayai menolak seorang warga emas sehingga terjatuh ke dalam longkang di Jalan Hujan Rahmat Dua, OUG, Jalan Klang Lama Kuala Lumpur, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian menimpa mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 79 tahun berhubung kejadian pada jam 12.37 tengah hari hari sama. #SinarHarian #BeritaTerkini #CalonPRU15 #Ditahan #TolakWargaEmas