@lobakmerahmy: Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Adi Azuan Abdul Ghani hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan menerima barang berharga berbentuk kos pengubahsuaian tiga buah rumah yang keseluruhannya bernilai lebih RM302,000. Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud sebelum Adi Azuan memohon untuk dibicarakan. Mengikut pertuduhan, Adi Azuan yang ketika itu merupakan COO TH didakwa menerima kos pengubahsuaian tiga rumah sebagai suatu balasan daripada Pengarah AG Reka Sdn Bhd, Thamsulazri Ismail. Tiga rumah yang terlibat ialah: Jalan Polo Air 13/58B, Seksyen 13 - RM235,866.58 Jalan Sepah Puteri 5/20B, Kota Damansara - RM50,698.74 Jalan USJ Height 2/2A, Subang Jaya - RM15,933.95 Kesalahan itu didakwa berlaku pada 7 Mac 2017, dengan tertuduh didakwa mengetahui bahawa Thamsulazri mempunyai kaitan dengan urusan yang dijalankannya. Jika sabit kesalahan, Adi Azuan berdepan hukuman di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya. Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡 Terima Kasih!
LOBAK MERAH
Region: MY
Thursday 24 September 2026 09:34:52 GMT
Music
Download
Comments
MrJeneral77 :
[Laugh approved][Laugh approved][Laugh approved] mantap lah
2026-09-24 09:51:02
0
sham :
cari sampai lubang cacing...madani TERBAIK...SPRM ADALAH WIRA NEGARA
2026-09-24 10:02:06
4
abu family :
alhamdulillah dapat banyak untung orang melayu kita. mudah mudahan jadi kaya raya aamiin
2026-09-24 12:15:47
0
cikmelor :
bukan sikit2 duit..MCM daun ja
2026-09-24 11:42:57
0
Abdul Fariez :
kanda org jujur.. seb itu sedekah 👍👍👍
2026-09-24 10:20:02
0
MountainGoat :
sakau gang
2026-09-24 10:35:02
0
H.t.Lee :
biasa majlis pun ada dari dulu lagi ..🤣🤣
2026-09-24 09:40:18
0
"Curaçao" :
2026-09-24 09:48:17
0
Sambal Bilis :
2026-09-24 10:14:15
0
🇲🇾IEMAN🇵🇸 :
2026-09-24 09:43:35
0
Milo :
next PRU kita undi PAS angkat DrSam jadi PM11, bersih dan stabil!
2026-09-24 09:37:52
0
wanzain717 :
hadiah dia masuk pertandingan ape??dapat no 1 ke
2026-09-24 10:56:25
0
arasyyi :
farhash tak nak cek?
2026-09-24 10:01:31
0
idawani🌹 :
2026-09-24 09:53:19
0
tanahbesarmelayu :
2026-09-24 15:21:02
0
IjaT63 :
😳😳😳
2026-09-24 11:39:54
0
To see more videos from user @lobakmerahmy, please go to the Tikwm
homepage.