@sinarharianonline: Sepasang suami isteri menangis sambil disambut pelukan dari ahli keluarga selepas dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Khamis daripada pertuduhan mengedar 81.77 gram dadah jenis pil kuda. Pesuruhjaya Kehakiman, Azhar Mokhtar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Syed Mohamad Haizat Syed Hassan, 32, dan isterinya, Nurul Syahira Zakaria, 30, pada akhir kes pendakwaan. #SinarHarian #SinarTerkini #suamiisteri #mahkamah #KotaBharu