@hotfm976_: Antara bungkusan Nasi Lemak RM2 4Boss Hero yang Bekpes Hot dah tolong tempahkan & bantu untuk process penghantaran & pengambilan di Balai Berita Bangsar, terima kasih buat komuniti kami yang sudi menempah untuk sama-sama membantu Puan Alya @alyaadrianahouse Semuanya bermula apabila Bekpes Hot mendengar kisah Alya @alyaadrianahouse perkongsian di Threads yang tetap kuat mencari rezeki walaupun keluarganya sedang berdepan ujian. Daripada kisah itu, Bekpes Hot mengambil langkah untuk sama-sama membantu dengan menyokong perniagaan Nasi Lemak RM2 4Boss Hero dan membuka tempahan kepada komuniti. Terima kasih kepada semua yang turut sama menyokong dan membuat tempahan. Setiap bungkus yang ditempah bukan sahaja membantu perniagaan Alya terus berjalan, malah ada juga yang memilih untuk berkongsi rezeki dengan menginfaqkannya kepada orang lain. ❤️ Daripada satu usaha kecil, rezeki itu kini dapat dikongsi bersama lebih ramai. 🫶 #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ