@podiumontour: Atlet baling tukul besi Perlis, Muhamad Dzulfikri Abu Dzarda memenangi pingat emas MSSM 2026 menerusi balingan 61.58m. Kejayaan tersebut menepati statusnya sebagai juara SUKMA 2026 yang mana ketika itu aksinya turut mendapat perhatian pemegang rekod baling tukul besi Malaysia, Jackie Wong. Jackie percaya Dzulfikri ada potensi, namun dia tidak boleh selesa dan perlu sentiasa meningkatkan dirinya ke satu tahap lebih tinggi ✨ JUM DENGAR temu bual bersama Jackie Wong semasa SUKMA dan Dzulfikri di MSSM 2026 Baling tukul besi Terbuka MSSM 2026 🥇Muhamad Dzulfikir Abu Dzarda (Perlis) 61.58m 🥈Eng Zi Jun (Selangor) 59.33m 🥉Muhammad Aiedil Ashraaf Mohamad Nor (Perlis) 58.22m Rekod MSSM - 68.53m, Johnny Ling Siew Hong (Sarawak, 2017) Post ini dibawakan oleh @Tavis Online Tuition - platform pembelajaran digital untuk semua #podiumontour #TAVIS #TAVISBersamaJuara #MSSM #olahraga