@astroaudionews: Mahkamah mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion berkaitan kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB. Permohonan itu didengar selepas 9 bulan keputusan hukuman dijatuhkan pada 26 Disember tahun lalu. Terdahulu, Lembaga Pengampunan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman bagi kes SRC International, secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta dan syarat yang ditetapkan. #AstroAudioNews