@mitimalaysia: Mesyuarat Persediaan Pegawai-pegawai Kanan Ekonomi ASEAN (Preparatory Senior Economic Officials’ Meeting) telah diadakan pada 18 September 2026 di Philippine International Convention Centre (PICC), Manila, Filipina, sebagai persediaan menjelang Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-58 dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan yang bermula 19 hingga 22 September 2026. Malaysia telah diwakili oleh YBrs. Dr. Sugumari S. Shanmugam, Pengarah Kanan Bahagian Integrasi Ekonomi ASEAN (BIEA). Mesyuarat memberi tumpuan kepada persiapan akhir agenda mesyuarat, dokumen hasil bagi AEM dan Laporan Pengerusi SEOM kepada AEM, termasuk kemajuan pelaksanaan 19 Keberhasilan Ekonomi Berkeutamaan (Priority Economic Deliverables – PEDs) bagi tahun 2026, kemajuan spill-over Annual Priorities serta perkembangan pelbagai sektor di bawah tanggungjawab SEOM dan AEM. Pegawai-pegawai Kanan Ekonomi ASEAN turut membincangkan mengenai perkembangan integrasi ekonomi ASEAN dan hubungan ekonomi luar, termasuk pelaksanaan AANZFTA, Kajian Semula Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN–India (AITIGA), serta kerjasama ASEAN dengan China, Kesatuan Eropah dan Hong Kong, China. Bagi AITIGA, pihak ASEAN dan pihak India terus berusaha menyelesaikan isu-isu berbangkit dengan sasaran memuktamadkan secara substantif review tersebut pada Oktober 2026. Mesyuarat turut mengambil maklum kemajuan dalam integrasi ekonomi digital ASEAN, khususnya pemuktamadan rundingan ASEAN Digital Economy Framework Agreement (DEFA) dan persediaan ke arah penandatanganannya pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 pada November 2026. Malaysia kekal komited untuk terus memainkan peranan aktif dan konstruktif dalam memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN, daya tahan ekonomi serantau serta hubungan perdagangan dan pelaburan ASEAN dengan rakan ekonomi luar, selaras dengan usaha merealisasikan agenda Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). #MalaysiaMADANI #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #ASEAN #AEM58
mitimalaysia
Region: MY
Friday 25 September 2026 11:41:52 GMT
Music
Download
Comments
OMPRAKASH :
👌👌👌
2026-09-25 22:37:27
0
To see more videos from user @mitimalaysia, please go to the Tikwm
homepage.