@501awani: Pertikaman lidah tercetus antara Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar, dengan seorang wartawan Pakistan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Jumaat. Ia selepas wartawan berkenaan mempersoalkan dakwaan penglibatan India dalam serangan di Pakistan serta komplot pembunuhan yang berjaya digagalkan di Amerika Syarikat (AS). India menafikan dakwaan menyokong kumpulan bersenjata di Pakistan, manakala New Delhi pula berulang kali menuduh Pakistan menyokong kumpulan militan rentas sempadan. Kes Pannun merujuk kepada komplot pembunuhan upahan yang didakwa dirancang pada 2023. Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) mendakwa seorang bekas kakitangan kerajaan India mengarahkan komplot berkenaan. #AWANInews