@suarasarawak: STOLport Bebuling Buka Akses Pelancongan Lebih Luas ke Betong. Lapangan Terbang Bebuling (STOLport) bakal menjadi antara pemangkin kepada peningkatan akses pelancongan ke Betong, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Seri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, kewujudan kemudahan berkenaan dapat memudahkan akses pelancong ke Betong selain menyokong perkembangan sektor pelancongan dan ekonomi setempat. Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Program Sarawakku Sayang di Betong, hari ini. #betong #sarawakkusayang #suarasarawak