@ahmadfadhlishaari: Pagi ini saya hadir ke Majlis Solat Hajat dan Peluncuran Medan Usahawan Kota Meranti di Meranti, Pasir Mas yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud. Projek bernilai RM9.5 juta hasil kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan PKINK ini bakal menyediakan 34 lot kedai, khususnya untuk usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), selain ruang bagi aktiviti pasar pagi dan pasar malam. Menariknya, nama ‘Kota Meranti’ diangkat daripada sejarah Kampung Meranti yang dibuka sekitar tahun 1850. Dikatakan penduduk terdahulu menanam buluh mengelilingi penempatan sebagai benteng keselamatan, dengan pintu ditutup pada waktu malam dan dibuka semula pada waktu pagi. Insya Allah, apabila siap kelak, Medan Usahawan Kota Meranti bukan sahaja menjadi mercu tanda baharu Pasir Mas, tetapi mampu membuka lebih banyak ruang ekonomi kepada masyarakat setempat dalam persekitaran yang lebih selesa, selamat dan tersusun. Semoga projek ini dipermudahkan dan memberi manfaat yang besar kepada rakyat Pasir Mas, khususnya warga Meranti.

Fadhli Shaari
Fadhli Shaari
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 26 September 2026 10:08:47 GMT
11844
291
21
35

Music

Download

Comments

pokmudofizie
pokmudofizie :
mohon bina dewan serbaguna juga disini boleh dijadikan pusat pemindahan banjir.. dewan serbaguna yg betul betul serbaguna dgn boleh main badminton, kenduri kahwin dll..
2026-09-26 13:57:03
6
amirulmohamad_myro
Amirul Mohamad :
YB acu gi tgk tasek rajo etek..taik kucing sajo..parking kutip, tapi gak tak jago..
2026-09-27 05:13:11
3
omei_doah3
sejiwa :
jgn buat pojek po stesen bas lah nyah.penat weii rkyt klatam nk komen
2026-09-26 16:04:34
3
oghe99999
Oghe :
smoga jadi...bukan batu asas sj deh Li
2026-09-26 12:58:11
1
sautiabu
sautiabu :
Cuba cerita bula nak stat buat dan bila tarikh siap. Bimbang kot jadi batu asas yg ada projeknya hanyut
2026-09-26 14:18:47
1
amirulzulfaqar_
amirulzulfaqar :
Ohh batu asas rupanya. Grand molek, ingatkan siap dh😂
2026-09-26 14:25:27
1
mulut113
Asyraf :
semoga di permudahkan dan aman makmur amiin
2026-09-26 13:10:10
0
bud0k_kg
MuLapa MuMake :
buat biar jadi sapa siap la projek ni
2026-09-29 11:54:38
0
hafieziedaud
hafieziedaud :
hari tu komplen guna "peluncuran"..[Tears of joy]
2026-09-26 12:38:42
1
user952549793
Asyraf madani :
tambah lagi lah batu asas
2026-09-27 04:03:27
0
_itspaxn
paxn pamalo :
Nok ko suasano
2026-09-26 14:58:59
0
ummi5071
ummi :
MB sendiri yg mengimamkan solat hajat…terbaiklah MB Kelantan!!
2026-09-26 22:43:28
0
fatamorgana00001
Fata Morgana ☣️ :
Tahniah.Semoga projek berjalan lancar.
2026-09-26 12:26:59
0
budok.biral.sungai
budok biral sungai :
mri tngk ank munking etk yb kg kalor meranti jale2 pecoh mri gak tpun ii tar skit air krajaan pon kdey ii ado kdey ii xdk nyaknyo weiii
2026-09-27 12:32:12
1
mrdee5565
Dee :
Pilihanraya bila?
2026-09-26 23:36:58
0
jizam21
Jizam :
guna pelancaran lah... xyah luncur luncur sangat
2026-09-26 10:15:45
1
ulwi2
A Ulwi :
pasar? mana nama arab?
2026-09-26 14:18:43
0
shamsi.khalib
Shamsi Khalib :
alhamdulillahhh...
2026-09-26 14:17:46
0
zx52646
ZX :
Satu lagi projek batu asas dari PAS
2026-09-26 16:59:31
2
elantraptk
elantra@ptk :
projek pasar pah ceroh.. pasar sediada hidup.segan mati tak mau
2026-09-26 17:20:19
2
arslan._jr
Mr.Arslan¹⁹➰ :
Semoga tidak terbengkalai dan jadi kandang lembu.
2026-09-26 13:08:39
1
To see more videos from user @ahmadfadhlishaari, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About