@mediahiburanofficial: Penantian selama 20 tahun akhirnya terbayar apabila Marsha Milan berjaya membawa pulang dua trofi pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), masing-masing menerusi kategori Lagu Etnik Terbaik dan Kulit Album Terbaik. Tidak dapat menahan sebak, Marsha mengakui kemenangan itu cukup bermakna buat dirinya selepas dua dekad berkarya dalam industri muzik tanah air ✨🥹 #MHnews #MediaHiburan