@chaudaucudoanh: Giấy Lumra đi các bác ơi.#chau🍓cudoanh #giaylumra #giayan

Cháu 🍓 Cụ Đoành
Cháu 🍓 Cụ Đoành
Open In TikTok:
Region: VN
Sunday 27 September 2026 04:00:00 GMT
15
2
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @chaudaucudoanh, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

“Kalau tidak ada air kerajaan, dia bina telaga tiub, gali perigi.” Ayat ini bukan sindiran netizen. Bukan juga kenyataan lawan politik PAS. Ia pernah datang daripada pemimpin tertinggi kerajaan Kelantan sendiri. Pada Ogos 2023, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang ketika itu Timbalan Menteri Besar Kelantan menjelaskan mengapa isu bekalan air tidak dianggap masalah besar untuk PAS terus menerajui negeri itu. Menurut beliau, penduduk kampung memahami keadaan yang berlaku dan ada yang mencari penyelesaian sendiri. Kalau bekalan air kerajaan tidak ada, bina telaga tiub. Kalau perlu, gali perigi. Mohd Amar turut berkata isu itu menjadi lebih besar kerana dipolitikkan, sedangkan menurut pengalamannya masyarakat boleh memahami masalah yang dihadapi kerajaan negeri. Memang beliau tidak menafikan masalah air wujud. Malah Mohd Amar pernah menjelaskan bahawa penyelesaian menyeluruh memerlukan peruntukan berbilion ringgit serta kerjasama Kerajaan Persekutuan. Tetapi cara masalah itu digambarkan tetap menarik untuk dikenang. Sebab air bukan kemewahan. Air bukan projek kosmetik. Air ialah keperluan asas rakyat. Rakyat membayar bil air kerana mengharapkan bekalan air bersih sampai ke rumah. Kalau akhirnya rakyat juga yang kena keluarkan duit sendiri untuk tebuk tanah dan bina telaga, memang timbul satu soalan mudah: Jadi fungsi penyedia bekalan air itu apa? Lebih menarik, ketika PRN 2023 Mohd Amar turut mempersoalkan bagaimana masalah air Kelantan sering digambarkan seolah-olah seluruh negeri tidak mempunyai air. Beliau mengingatkan bahawa restoran, hotel dan hospital masih boleh beroperasi. Malah dalam satu ceramah beliau sempat berseloroh bahawa kalau Kelantan sudah 33 tahun tiada air, bagaimana pula orang Kelantan boleh mandi selama itu. Itulah antara pendekatan PAS ketika mempertahankan rekod pentadbirannya dalam isu air. Masalah diakui ada. Kos penyelesaian dikatakan besar. Bantuan Persekutuan diperlukan. Tetapi bagi sesetengah penduduk kampung, penyelesaiannya ketika itu cukup mudah: Cari jalan sendiri. Bina telaga tiub. Gali perigi. Tiga tahun sudah berlalu sejak kenyataan itu. Tetapi ayat tersebut masih menarik untuk dikenang setiap kali bercakap tentang satu perkara paling asas dalam pentadbiran sesebuah negeri. Air bersih. Sebab rakyat memilih kerajaan untuk menyelesaikan masalah. Bukan supaya rakyat diberitahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah kerajaan sendiri. #unofficialinfo

About