@mediahiburanofficial: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melakar kejayaan bermakna di AIM25 apabila berjaya membawa pulang empat trofi, masing-masing menerusi kategori Vokal Wanita Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik, Kolaborasi Terbaik Oleh Artis Tempatan Dan Artis/Penggubah Antarabangsa serta Lagu Terbaik. Lebih menyentuh hati, Siti tidak dapat menahan sebak ketika mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham Pak Ngah yang menjadi antara insan penting dalam perjalanan muzik tradisionalnya ✨❤️ #MHnews #MediaHiburan