@zambryabdkadir: Alhamdulillah, hari pertama tiba di Astana bagi lawatan kerja dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia–Asia Tengah. Di alem.ai, saya melihat perkembangan AI yang membuka peluang kerjasama dalam penyelidikan, pembangunan bakat dan pertukaran kepakaran. Saya turut menyampaikan syarahan umum di L.N. Gumilyov Eurasian National University tentang pendidikan sebagai jambatan persahabatan antara Malaysia dan Kazakhstan. Saya berbesar hati menerima anugerah Profesor Kehormat daripada universiti tersebut dan berharap hubungan ini membawa kepada lebih banyak kerjasama antara mahasiswa, penyelidik dan institusi kita. #MalaysiaKazakhstan 🇲🇾🇰🇿