@bombaterengganuofficial: PEMANDU TERSEPIT SELEPAS PROTON PREVE TERBABAS JATUH GAUNG DI MARANG MARANG, 27 September 2026 – Seorang lelaki cedera selepas sebuah Proton Preve terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di Simpang Alor Gali, Kampung Jelang, Marang, petang tadi. Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Negeri Terengganu menerima panggilan kecemasan pada jam 6.37 petang sebelum menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marang ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah Proton Preve yang terbabas dan terjatuh ke dalam gaung. Seorang lelaki dewasa yang merupakan pemandu didapati tersepit dan mengalami kecederaan, manakala seorang lagi lelaki dewasa tidak mengalami sebarang kecederaan. Anggota bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada ambulan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan selanjutnya. Operasi yang diketuai oleh PBK II (TBK) Usop bin Adam. Operasi turut melibatkan sebuah CFRT-1 dan EMRS-1. JBPM Negeri Terengganu menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi had laju dan memastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan baik bagi mengurangkan risiko kemalangan. #JBPMTerengganu #BBPMarang #KemalanganJalanRaya #KeselamatanJalanRaya
BombaTerengganuOfficial
Region: MY
Sunday 27 September 2026 14:09:20 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @bombaterengganuofficial, please go to the Tikwm
homepage.