@melakatv: KEMBANGKAN KEMAHIRAN UNTUK JANA PENDAPATAN, TINGKAT EKONOMI KELUARGA – KM 27 September - Penguasaan kemahiran hasil pelbagai kursus anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu dikembangkan, sekali gus membantu rakyat menjana pendapatan sampingan untuk keluarga. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pelbagai bidang ditawarkan KEMAS termasuk jahitan, kecantikan, dandanan serta kemahiran lain yang berkait rapat dengan kehidupan seharian masyarakat. #KEMAS #Kemahiran #Ekonomi #Melaka #MHI