@hannahyeohmp: Tahniah kepada Perbadanan Putrajaya atas pembangunan Hala Tuju Building Information Modelling (BIM) Putrajaya 2050 dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya Malaysia. Turut hadir YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, yang mencerminkan komitmen dan kerjasama berterusan antara kedua-dua kementerian dalam memperkukuh pengurusan pembangunan serta aset awam melalui teknologi. 2050 mungkin menjadi destinasi kita, tetapi perubahan mesti bermula sekarang. BIM perlu diterjemahkan kepada keputusan yang lebih tepat, projek yang lebih baik, kos yang lebih terkawal, aset yang lebih terurus dan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat. Putrajaya tidak perlu sekadar kelihatan pintar, tetapi mesti diurus dengan pintar. #MADANIBekerja #Putrajaya #HannahYeoh #hanayo