@abgman59: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta Undang Yang Empat bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut pentadbiran negeri itu. Beliau turut meminta pertemuan dengan Tunku Besar Tampin, Datuk Shahbandar dan hierarki adat lain diadakan dengan mengambil kira Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, adat serta peraturan yang berkaitan. Zahid menegaskan kepentingan rakyat perlu menjadi keutamaan dan keadaan tidak seharusnya dibiarkan semakin keruh selepas pemecatan 10 Exco Negeri Sembilan. Katanya, beliau akan bertemu 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan Perikatan Nasional (PN) bagi mendengar pilihan yang ada untuk menyelesaikan kemelut tersebut, sambil menjelaskan usaha itu bukan bertujuan mencampuri urusan pentadbiran negeri. Dalam masa sama, Zahid menolak cadangan supaya darurat diisytiharkan di Negeri Sembilan susulan kemelut berkenaan. Menurut beliau, tiada kekecohan dari sudut keselamatan yang memerlukan langkah sedemikian dan masih terdapat pilihan lain untuk mencari penyelesaian. Beliau turut menafikan dakwaan 10 bekas Exco dipanggil Bukit Aman, sebaliknya berkata mereka bersedia memberikan keterangan sekiranya diperlukan pihak berkuasa. Sementara itu, Zahid berkata BN akan mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak berhubung bentuk kerjasama menghadapi PRN Melaka, termasuk kemungkinan PAS menggunakan logo BN susulan penggantungan PN oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan tabung membantu Datuk Seri Najib Razak telah mencecah RM9.25 juta setakat 10 pagi, berbanding sasaran RM50 juta yang dinyatakan bagi pembayaran denda berkaitan baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
AbgMan Khatib 🇲🇾
Region: MY
Sunday 27 September 2026 16:00:02 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @abgman59, please go to the Tikwm
homepage.