@k2.official2025: #update : Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pagi ini. Berita pemergian Allahyarham disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, kepada Bernama. Allahyarham yang genap berusia 100 tahun pada Ogos lalu merupakan antara tokoh wanita yang banyak menyumbang kepada negara, khususnya dalam bidang perubatan, kesihatan dan kebajikan masyarakat. Dilahirkan pada 12 Julai 1926, Allahyarham merupakan antara wanita Melayu terawal yang menceburi bidang perubatan dan kemudiannya menjadi antara figura penting dalam pembangunan kesihatan serta kebajikan wanita dan kanak-kanak. Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Tun Dr Mahathir pada 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata. Pemergian Allahyarham meninggalkan kesan besar kepada keluarga, sahabat serta masyarakat yang mengenali sumbangan dan jasa beliau sepanjang hayat. Al-Fatihah. Semoga roh Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Takziah buat Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial , anak-anak serta seluruh keluarga Allahyarham #tunsitihasmah #berita #takziah #k2official

K2.Official
K2.Official
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 28 September 2026 02:35:50 GMT
1278
37
1
0

Music

Download

Comments

norlizamusa
norliza binti musa :
alfatihah
2026-09-28 03:31:47
0
To see more videos from user @k2.official2025, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About