@mediaselangor: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 membuka peluang lebih luas kepada usahawan tempatan memperkenalkan produk masing-masing kepada pembeli antarabangsa, termasuk dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Pengasas The Rattan House, Hannah Hang berkata penyertaannya dalam pameran itu memberi ruang mengetengahkan produk berasaskan rotan yang dihasilkan masyarakat Penan di Sarawak kepada pasaran lebih luas. #MIHAS2026 #Halal #MediaSelangor