@mediaselangor: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan Tentera telah diarahkan membantu pengurusan serta memberikan taraf istiadat berkenaan kepada Allahyarham. Beliau berkata negara akan terus mengenang jasa Allahyarham yang disifatkan sebagai sosok keibuan dan banyak menabur bakti sepanjang hayatnya. “Bagi pihak Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat Malaysia, saya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pagi tadi. “Negara tetap mengenang sosok keibuan dan menghargai jasa Almarhumah,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 🌐 Lebih berita terkini di mediaselangor.com! #MediaSelangor #TunSitiHasmah #PembesarNegara #TokohNegarawan