@suarasarawak: Sarawak Harap Lebih Banyak Peruntukan Baik Pulih Sekolah Daif Dalam Belanjawan 2027. Kerajaan Sarawak berharap lebih banyak peruntukan disediakan menerusi Belanjawan 2027 bagi mempercepatkan kerja membaik pulih sekolah daif serta pembinaan sekolah baharu yang telah dimohon kepada Kerajaan Persekutuan. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, daripada kira-kira 1,200 sekolah yang sebelum ini dikenal pasti berada dalam kategori daif, sekitar 600 sekolah telah disiapkan setakat ini, manakala sebahagian lagi masih dalam proses pembinaan atau belum melalui proses tender. Beliau berkata, peruntukan RM1 bilion yang disediakan sebelum ini telah digunakan sepenuhnya, namun pelaksanaan projek mengambil masa berikutan kapasiti kontraktor dan tenaga kerja dalam sektor pembinaan yang terhad di Sarawak. #bajet2027 #sekolahdaif #sarawak #suarasarawak
SuaraSarawak
Region: MY
Monday 28 September 2026 05:41:38 GMT
Music
Download
Comments
Ghuroba :
federal lambat
2026-09-28 05:59:17
0
To see more videos from user @suarasarawak, please go to the Tikwm
homepage.