@apmkelantan: #TOWNHALL TOWN HALL BIL. 1/2026 PERKEMAS KOMUNIKASI DAN KESIAPSIAGAAN WARGA APM KELANTAN KOTA BHARU, 28 SEPTEMBER 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Town Hall Bil. 1/2026 bertempat di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Wilayah Timur, Kota Bharu, pada hari ini. Program ini menjadi platform komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dan warga APM bagi menyampaikan amanat, berkongsi pandangan serta membincangkan perkara berkaitan penambahbaikan perkhidmatan, Pengoperasian kebajikan anggota dan kesiapsiagaan menghadapi bencana. Program Town Hall ini dikendalikan oleh Kapt. (PA) Nik Mohd Nor bin Nik Mat selaku moderator dengan menampilkan tiga orang panel iaitu Lt. Kol. (PA) Mohd Farid bin Ishak, Kapt. (PA) Md Fadir bin Md Nor Ketua Cawangan Pengurusan Bencana Dan Operasi ,Kapt. (PA) Mohd Yussalmi bin Mohd Yussof Ketua Cawangan Pengurusan Latihan. Sesi tersebut turut membuka ruang kepada warga APM untuk berinteraksi secara terbuka bersama barisan panel, di samping berkongsi pandangan, mengemukakan cadangan serta mendapatkan penjelasan berkaitan aspek pengurusan dan pelaksanaan tugas. Program Town Hall Bil. 1/2026 diharap dapat memperkukuh budaya komunikasi dua hala, semangat kerja berpasukan serta tahap kesiapsiagaan warga APM Negeri Kelantan dalam melaksanakan amanah dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

APM Negeri Kelantan
APM Negeri Kelantan
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 28 September 2026 07:00:44 GMT
1211
107
6
2

Music

Download

Comments

yiechong
Yiechong :
@bangrock @Put kuat nanyo awok duo
2026-09-28 13:22:36
0
arifa.adnan.badi.b
mdsadek54321 :
🥰🥰🥰
2026-09-28 10:58:26
0
chena.1006
Che Na CL :
👍👍👍
2026-09-28 07:16:20
0
khairull.7295
Rul SITC. :
🥰🥰🥰
2026-09-29 07:30:59
0
To see more videos from user @apmkelantan, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About