@malaysiagazette: MGPerak: KKM, KPM Perkukuh Kerjasama Tangani Buli, Cegah Risiko Pelajar Bunuh Diri IPOH – Kementerian Kesihatan (KKM) terus memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menangani kesan buli terhadap pelajar, khususnya bagi memastikan mereka yang terkesan mendapat sokongan awal dan sewajarnya bagi mengelakkan risiko lebih serius termasuk cubaan membunuh diri. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerjasama antara kedua-dua kementerian merangkumi usaha meningkatkan kesedaran dan literasi kesihatan mental, selain memperkasakan pengesanan awal, proses rujukan serta intervensi terhadap pelajar yang mengalami kesan akibat buli. Menurutnya, KKM turut memperkukuh perkhidmatan kaunseling di sekolah termasuk aspek saringan dan pengesanan awal perubahan tingkah laku atau simptom yang memerlukan perhatian. - MGPerak Video: Firdaus Nazmi #malaysiagazetteperak #mgperak #KKM

malaysiagazette
malaysiagazette
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 28 September 2026 12:39:11 GMT
1347
10
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @malaysiagazette, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About