@jentikhatiofficial: Melihat perjalanan Tun Dr Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir, saya terfikir satu perkara. Macam mana dua manusia boleh memilih dan mencintai orang yang sama selama 70 tahun? Mereka berkahwin pada tahun 1956. Tentulah perjalanan selama itu bukan semuanya indah. Ada perbezaan, tekanan kerja, membesarkan keluarga, sakit, usia tua dan pelbagai fasa kehidupan. Cinta bukan sekadar rasa. Cinta perlu dipupuk dan di-maintain. Selepas kahwin, kita masih kena bercinta. Masih kena berbual, bergurau, menghargai, memberi ruang dan belajar menerima kekurangan pasangan. Dalam perkahwinan yang panjang, akan sampai satu ketika kita mungkin tertanya sendiri, “Kenapa dulu aku pilih dia?” Waktu itu kita kena kembali melihat sebab-sebab kenapa kita memilihnya dahulu. Ingat semula kebaikannya, perjalanan yang sudah dilalui bersama dan apa yang telah dibina selama bertahun-tahun. Semakin lama hidup bersama, semakin banyak kita belajar tentang pasangan. Ada perkara yang dahulu kita besarkan, hari ini kita tahu sebenarnya kecil. Ada kekurangan yang dahulu mengganggu, akhirnya kita belajar menerima. Kalau difikir dengan logik manusia semata-mata, bagaimana dua orang boleh hidup bersama berpuluh-puluh tahun, melihat wajah yang sama setiap hari, melalui rutin yang sama, semakin tua bersama, tetapi kasih itu masih ada? Sepatutnya sudah bosan. Sudah cemuih. Tetapi ada pasangan, semakin tua semakin rapat. Semakin lama bersama, semakin susah hendak berpisah. Di situlah kita sedar, cinta bukan semuanya kerja manusia. Ada bahagian yang Allah pelihara. Orang dulu-dulu pun bukan tak ada masalah rumah tangga. Tetapi ramai yang melihat perkahwinan sebagai tanggungjawab yang perlu dijaga, bukan sekadar hubungan yang bertahan selagi perasaan masih sama. Kerana perasaan boleh berubah. Tetapi tanggungjawab, ihsan dan usaha boleh kita pilih setiap hari. Mungkin cinta sampai hujung nyawa bukan kerana kita menemui manusia yang sempurna. Tetapi kerana sepanjang perjalanan itu, kita terus belajar memilih orang yang sama berkali-kali dan Allah izinkan cinta itu terus hidup. Semoga Allah merahmati Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Al-Fatihah. #jentikhati #dakwah #quotes #sentap #jodoh

JentikHatiOfficial
JentikHatiOfficial
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 28 September 2026 13:35:59 GMT
299511
28961
328
3600

Music

Download

Comments

adamhaiqal255
damdam_1342 :
kedua - duanya berpendidikan ..dua² doktor ...disitu dh nmpk sefahaman mereka...kenal semasa sama² belajar
2026-09-28 14:47:51
1379
nexonsem
unheaven pieace :
I wish I had father that mindset like Tun M
2026-09-30 07:02:24
0
madamepilot
MadamePilot :
Memberi nasihat tanpa menunggang agama.👍🏻
2026-09-28 21:07:15
534
what_who1422
. :
Org cerdik bila bercakap sama dgn perbuatan dia🥰
2026-09-28 16:12:17
746
oreomcflurryssss
bel  :
ada lagi ke mindset lelaki macam ni sekarang
2026-09-29 02:12:55
115
kaleaalora
Kalea_Alora𖡼.𖤣𖥧𖡼.𖤣𖥧 :
nak lelaki yang ada mindset cm Tun.M
2026-09-28 16:06:22
295
miyah.hana
Miyah Hana :
Sama like my late father in law 😔 , isteri pergi dulu tapi setiap hari ziarah kubur until he meet her again . Now kubur mereka sebelah2 , sangat setia orangnya ..
2026-09-28 21:59:34
188
sopian.pyanz
Sopian Pyanz :
indeed😢
2026-09-28 23:54:39
0
wankikin23
وان Wan :
Ni pemikiran manusia yg bijak. Manakala manusia yg tak bijak akan biarkan nafsu menguasai otak dan hati 😔
2026-09-28 23:13:57
79
bribribaba6
Champion :
Tun M adalah the only Malay man that is setia.
2026-09-29 04:48:01
26
rhye_ii
rhyna :
July born punya exclusive trait. loyal
2026-09-29 04:30:32
1
humble_0985
humble_0985 :
😇 long time ago 💔 now I trust allah what god give I take. Long time past past
2026-09-28 16:32:36
0
gemswisdom
wintersummer :
keturunan saya pun .xde cerai. All stay together till last. I hope my new gene. will follow my grandparents way. till forever. one. for one.
2026-09-29 02:18:05
0
fahdghazely
Fahdghazely :
Org2 baik ja yg tak sakitkan hati org
2026-09-29 09:48:04
11
rumah_with_marwana
Rumah with Marwana 🇸🇬 :
Kawin bukan kerana nafsu sahaja, tapi kerana nak membina sebuah keluarga yang berpendidikan dan berjaya
2026-09-28 20:00:27
56
pena.tajam5
Pena Tajam :
Contoh lelaki yang bertanggungjawab... sebelum membuat sesuatu.. banyak hal yang difikirkannya.... tak mementingkan diri sendiri......
2026-09-28 23:21:13
74
haidarcdra
HaidAr; :
jarang dapat lelaki berfikiran mcm ni.... patutlah tun teramat cerdik
2026-09-28 22:27:51
64
hannahsumaira
Suzana Mat Nor :
''tak suka menyakitkan hati org'' itula mksud tggungjwb..dy akn bertggungjwb jika tersakitkn hati org yg fhm2 lah mksud tu..
2026-09-29 00:41:26
32
nurfa1981
Nurfa :
Tenang hidup wanita2 kt dunia ni kalau semua lelaki pemikiran matang mcm Tun M
2026-09-29 00:48:55
12
karungguni70
karungguni :
Tun ada persamaan macam Tok Guru Nik Aziz. Kahwin satu sahaja.
2026-09-28 16:37:55
36
punchkun26
🐒🐒PUNCH 🐒🐒 :
kalau semua lelaki berfikiran cam ni aman dunia 😔❤️
2026-09-29 06:46:26
12
_effaahmad
_effaahmad :
Bagusnya lelaki yg punya prinsip mcm ni..sebab tulah aman damai rumah tangga selamanya.
2026-09-29 00:44:19
27
asma.ahmad560
Asma Ahmad :
hebat tun dlm menjaga family
2026-09-28 22:01:41
15
butterlatte_home
Pet Sitter Kota Kinabalu-Papar :
Suami yang Satu dalam Berjuta-juta.
2026-09-28 22:47:46
12
lea_sarawakian
𝐋𝐞𝐚 𝐌𝐬𝐡𝐞𝟔 :
cinta org lama ramai yg mcm ni.. indah kn 🥺
2026-09-28 16:47:34
20
To see more videos from user @jentikhatiofficial, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About