@mybordercontrol: SEPANG, 28 September 2026 – YDH. CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), telah hadir ke KLIA Terminal 1 bagi meninjau perkembangan persiapan dan kesiapsiagaan AKPS menjelang penganjuran Formula 1 Bahrain Grand Prix 2026 pada 2-4 Oktober 2026 ini di Sepang International Circuit (SIC). Lawatan tersebut memberi tumpuan kepada pengurusan ketibaan delegasi dan kru, penyediaan kaunter khas serta penyelarasan pegawai di lapangan bagi memastikan urusan kemasukan berjalan lancar. Beliau menegaskan bahawa AKPS tetap melaksanakan penguatkuasaan dan pemeriksaan keselamatan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa. Kelancaran urusan di pintu masuk negara tidak sesekali mengurangkan ketegasan AKPS dalam menjaga keselamatan sempadan. #AKPSMalaysia #SempadanSelamat #MalaysiaMADANI #yakinMADANI

AKPS (MCBA)
AKPS (MCBA)
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 28 September 2026 13:41:48 GMT
4071
148
1
9

Music

Download

Comments

rezuan.tan
Rezuan Tan :
2026-09-28 23:51:09
0
To see more videos from user @mybordercontrol, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About