@bernamaofficial: Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil menggalakkan pengendali mudah alih tempatan baharu, BeONE Mobile bekerjasama rapat dengan Maxis dan memanfaatkan ekosistem NADI kendalian syarikat telco itu di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Fahmi berharap BeONE Mobile dapat memanfaatkan rangkaian ejennya untuk membantu kerajaan meningkatkan literasi digital dan membanteras jenayah scam. #BernamaNews @fahmi.fadzil