@sinarharianonline: Keperluan menjaga ibunya yang terlantar akibat strok menyebabkan seorang pemuda sanggup mengetepikan kerja sambilan serta rutin hariannya demi memberi perhatian sepenuhnya kepada wanita tersebut. Bagi Muhammad Imran Mohd Noor, 25, pengorbanan itu bukan sesuatu yang membebankan kerana memberinya peluang meluangkan lebih banyak masa bersama ibunya, Che Puteh Ibrahim, 58, yang diserang strok sejak Julai lalu. #SinarHarian #SinarTerkini #JagaIbu #KetepiKerjaya #Strok