@bernamaofficial: Orang ramai khususnya warga emas diingatkan supaya tidak terpedaya dengan pihak yang mengenakan bayaran atau menawarkan pendaftaran program Ubat Melalui Pos (UMP) menerusi saluran tidak rasmi, susulan pelaksanaan penghantaran ubat secara percuma mulai 1 Okt ini. Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata pendaftaran bagi program itu hanya dibuat melalui fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) dan tiada bayaran dikenakan bagi pendaftaran program UMP. #BernamaNews #UbatMelaluiPos @komunikasi_gov @fahmi.fadzil