@klskyclinic: Ada orang takut makan ubat cholesterol sebab dengar macam-macam tentang medication. Tetapi dalam masa yang sama, lifestyle masih penuh dengan faktor yang boleh menjejaskan kesihatan seperti merokok, kurang tidur, pengambilan alkohol dan stress yang tinggi. Sebab tu perubahan lifestyle bukan sesuatu yang boleh dibuat sehari dua. Ubah tidur, pemakanan dan rutin senaman, kemudian pantau perubahan dari semasa ke semasa. Ubat dan lifestyle bukan semestinya dua perkara yang perlu dilawan. Yang penting ialah faham keadaan badan dan rawatan yang sesuai.